OPPO Reno4 Pro
Menawarkan spesifikasi paling tinggi dalam siri Reno kali ini, ia tampil dengan paparan AMOLED berukuran 6.55 inci dan kadar segar semula 90Hz. Kamera swafoto 32MP (f/2.4) diletakkan pada rekaan berlubang dipenjuru kiri.
Sementara itu rakaman belakang pula digalas oleh sistem kuad kamera diketuai 48MP (f/1.7), 8MP (f/2.2) ultra lebar, 2MP (f/2.4) makro dan 2MP (f/2.4) mono. Storan dalaman yang tersedia adalah 256GB dan disertakan sokongan kad MikroSD.
Bateri 4000mAh dibekalkan pada peranti dan ia menyokong pengecasan 65W SuperVOOC 2.0. Dua pilihan warna untuk versi Pro adalah Starry Night dan Silky White.
OPPO Reno4
Merupakan versi standard, ia hadir dengan paparan AMOLED 6.43 inci tetapi mempunyai dwi kamera swafoto iaitu 32MP (f/2.4) dan tambah kamera 2MP.
Selain perbezaan pada bahagian paparan dan kamera hadapan, OPPO Reno4 hanya ditawarkan dengan storan 128GB sahaja tetapi menyokong kad MikroSD sehingga 256GB.
Bahagian belakang masih mengekalkan kombinasi 4 kamera yang sama seperti OPPO Reno4 Pro. Model ini juga dimuatkan dengan kapasiti bateri lebih besar sedikit iaitu 4015mAh dan namun hanya menyokong pengecasan pantas 30W VOOC 4.0. Dua pilihan warna untuk versi standard adalah Space Black dan Galactic Blue.
Persamaan spesifikasi
Kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi yang sama seperti cip pemprosesan Snapdragon 720G, RAM 8GB, kuad kamera belakang, USB-C, bicu audio 3.5mm serta menjalankan sistem operasi ColorOS 7.2.
Harga jualan
Siri OPPO Reno4 boleh mula dipra-tempah hari ini, 3 Ogos sehingga 7 Ogos 2020. Harga untuk versi standard adalah RM1699 sementara versi Pro pula dijual pada nilai RM2399.
Pra-tempah juga akan diiringi dengan sejumlah tawaran percuma menarik berupa fon telinga OPPO Encor W31 TWS (RM259), 1 tahun jaminan perlindungan skrin (RM139) dan lanjutan 1 tahun jaminan (RM119).
Kedua-dua model ini akan mula dijual pada 8 Ogos 2020 dan ia tersedia di semua Kedai Konsep OPPO, kedai rasmi e-dagang OPPO, kedai pengedar rasmi OPPO, rakan telco dan rakan kedai rangkaian OPPO.
https://www.youtube.com/watch?v=12nEB-8iLpM
Kolaborasi My OPPO x KLOOK
Eksklusif untuk Reno4 Pro, ahli ‘Aplikasi My OPPO’ akan menerima RM100 baucar diskaun KLOOK terhad untuk 2,000 penebusan pertama. Setelah ditebus, 3 ahli bertuah juga berpeluang untuk memenangi Percutian Pulau 3 Hari 2 Malam di Taaras Beach & Spa Resort dengan Pengalaman Penerbangan ATR.
Manakala 10 ahli bertuah sebagai naib juara akan menikmati Penginapan Hotel (1 malam) untuk 2 orang dan tiket masuk ke Taman Tema Sunway Lagoon. OPPO juga ingin mengingatkan semua untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga ketika menikmati hadiah perjalanan ini.
Berkaitan
- Imej Perlihatkan Pixel 4A Dilengkapi Paparan Berlubang Dan Bicu Audio 3.5mm
- Xiaomi Redmi 5A Mendarat Di Pasaran Malaysia, Berharga RM399
- Harga OPPO A5s Diturunkan, Kini Dijual Pada Harga RM499
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799
- iPod Nano Generasi Ke-7 Bakal Berstatus Produk Vintaj Dan Lapuk
- OPPO A3s Versi RAM 3GB Dan Memori 32GB Turun Harga, Kini Bernilai RM599
- Indeks Keselamatan Siber Global - Malaysia Di Tangga Ke 3 Dari Segi Komitmen Keselamatan Siber
- Redmi K30 5G Diumumkan- Paparan 120Hz Dan Sony IMX686 64MP
- Vivo Malaysia Tawar Khidmat Sanitasi Peranti Secara Percuma
- Imej Perlihatkan Kapasiti Bateri Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro