Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme X3 SuperZoom as Top 1 Best-selling

realme X3 SuperZoom Laris Dijual Di Lazada Untuk Peranti Bawah RM2000

Diterbitkan Jun 4, 2020 oleh Helmi Samsuri

Diperkenalkan pada penghujung Mei, jualan pertama realme X3 SuperZoom telah diadakan pada 2 Jun 2020 yang lalu. Menerusinya, realme Malaysia telah menawarkan promosi potongan harga untuk satu hari.

Peranti tersebut diumumkan pada harga RM1999 tetapi pembeli telah menikmati diskaun sebanyak RM200 bersempena penawaran awal tersebut. Menurut realme, jualan pertama realme X SuperZoom (RAM 8GB/128GB) itu berjaya menjadi model telefon pintar paling laris untuk segmen bawah RM2000.

realme x3 superzoom lazada

Selain diskaun untuk satu hari, ia turut disertakan dengan tempoh lanjutan waranti selama satu tahun. Bagi yang mahu memiliki spesifikasi memori lebih tinggi, variasi RAM 12GB/256GB storan akan mula dijual pada 6 Jun 2020. Harga untuk model ini pula diletakkan pada nilai RM2299 dan ia boleh didapati secara dalam talian mahupun pengedar sah tempatan.

Beli realme X3 SuperZoom dari

Lazada: (https://invol.co/clomr7)

Shopee: (https://invol.co/clomrh)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY