Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OPPO A74 Masuk Malaysia Lagi Sekali, Harga Lebih Murah, Cas Lagi Laju

Posted on Mei 18, 2021Mei 19, 2021

Penghujung bulan April yang lepas anda telah disajikan dengan berita kehadiran OPPO A74 untuk pasaran Malaysia. Ditandakan pada harga RM1099 eksklusif di Shopee sahaja, ia turut menyokong rangkaian generasi baharu, 5G.

Tetapi sekiranya anda merasakan 5G masih “jauh” lagi untuk dilanggan, jangan bimbang kerana OPPO Malaysia hari ini memberitahu OPPO A74 4G bakal masuk pada 20 Mei ini.

Ia akan dijual pada harga RM899 dan tampil dengan pengecasan lebih laju serta paparan AMOLED. Sebagai perbandingan antara model OPPO A74 5G dan 4G boleh lihat pada jadual dibawah.

Baca juga – Xiaomi Dinobatkan Jenama Telefon Pintar Nombor Satu Di Malaysia Setakat Suku Pertama 2021

OPPO A74 4G hanya ditawarkan pada platform Lazada sahaja. Setiap pembelian akan disertakan dengan OPPO Enco W11 dan baucar Lazada (RM20) secara percuma.

Terdapat juga PWP iaitu pembelian dengan pembelian dimana OPPO Enco Buds diberi diskaun sebanyak 50%.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress