Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari

Rimac Nevera Pecah Rekod Dunia Kereta Mengundur Terpantas Pula

Diterbitkan November 13, 2023 oleh ariff bukhari

Rekod 22 tahun untuk memandu laju terpantas secara mengundur telah dilenyapkan oleh Goran Drndak (Croatia), yang mencapai kelajuan 275.74 km/j (171.34 mph) memandu Rimac Nevera.

Rekod sebelumnya adalah 165.08 km/j (102.58 mph) yang telah direkodkan pada tahun 2001 dahulu oleh Darren Manning (UK) dengan memandu kereta Caterham 7 Fireblade.

Rimac Nevera ialah kereta elektrik yang direka dan dibina oleh pengeluar automotif Croatia, Rimac Automobili.

Empat rodanya digerakkan secara bebas oleh motor magnet yang dipasang di permukaan, memberikannya jumlah kuasa kuda sebanyak 1,914 dan kelajuan tertinggi 412 km/j (256 mph).

Mengambil masa hanya 1.74 saat sahaja untuk memecut dari 0-60 mph, ia adalah salah satu kereta terpantas pernah dibina.

Selain itu, set roda hadapan dan belakangnya masing-masing mempunyai kotak gear satu kelajuan, membolehkan tork penuh digunakan ke kiri atau kanan pada setiap gandar.

Pengeluaran Nevera telah dihadkan kepada hanya 150 unit sahaja, dikeluarkan pada kadar sekitar satu seminggu. Harga jualannya adalah bermula dari €2 juta (~RM10,066,316).

Unit pertama Nevera telah dihantar tahun lepas kepada Juara Dunia Formula Satu 2016 Nico Rosberg, yang memandu kereta itu sehingga ke hadnya semasa memandu di sekitar Monaco.

Nevers mampu bergerak sejauh 490 km (300 batu) apabila dicas penuh dan boleh dicas hingga 80% dalam masa kurang dari 30 minit apabila disambungkan kepada pengecas pantas.

Selain mencipta kereta mereka sendiri, Rimac membuat bateri dan komponen untuk pengeluar besar lain seperti Porsche, Jaguar, Aston Martin, Hyundai, dan banyak lagi.

Syarikat itu diasaskan pada 2009 oleh Mate Rimac, yang baru berusia 21 tahun pada masa itu. Mate merekrut pekerja pertamanya pada tahun 2011 dan dia kini sudah mempunyai lebih 1,000 pekerja.

Selepas menerima pelaburan besar daripada Porsche pada 2021, jenama Rimac telah disatukan dengan Bugatti di bawah nama Bugatti Rimac dengan Mate Rimac berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif usaha niaga itu.

Berkaitan

  • Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari
  • Hampir Separuh Pemilik EV Pertimbang Kembali Kepada Kereta Petrol - Kajian

Sumber: Guinness World Record

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY