Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari

Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari

Diterbitkan Mei 22, 2023 oleh ariff bukhari

Mungkin ini adalah kereta elektrik paling berkuasa di dunia yang ada ketika ini. Mampu memecut dari 0 km/j sehingga mencapai kelajuan maksimum 400 km/j hanya dalam masa kurang dari 30 saat iaitu 21.32 saat sahaja.

Malah paling mengkagumkan adalah keupayaannya memecut dari 0 km/j dan mencapai 96.7 km/j hanya dalam masa 1.74 saat sahaja.

Itulah 2 daripada 23 rekod yang dipegang dan dipecahkan kereta elektrik paling berkuasa di dunia, Rimac Nevera,  kereta elektrik yang dihasilkan oleh Rimac Group Ltd (Rimac) yang berpangkalan di Zagreb, Croatia yang berjaya memecahkan segala rekod kereta hyper.

Kesemua rekod yang dicatat Nevera itu pula dibuat hanya dalam masa sehari sahaja di kemudahan Ujian Automotif Papenburg (ATP) di Jerman dengan menggunakan jalan sejauh 4.0km.

Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari
Semas rekod pecutan Rimac Nevera dibuat, ia menggunakan tayar Michelin Cup 2 R.

Rimac memberitahu, kunci kepada kelajuan Nevera adalah sistem bateri, powertrain dan perisian canggihnya di mana semuanya dibangunkan secara dalaman oleh Rimac Group.

Rangkaian kuasa depan dan belakang – masing-masing terdiri daripada dua motor individu – memberikan kuasa kepada setiap roda secara individu.

Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari

Semua sistem diawasi oleh rangkaian kompleks unit kawalan elektronik yang dibangunkan secara dalaman dengan kerjasama dari superkomputer berasaskan NVIDIA Pegasus untuk mengira dan menghantar output kepada empat sistem powertrain 100 kali sesaat.

Gabungan semua sistem ini dan perisian yang mengawalnya dikenali sebagai Rimac All-Wheel Torque Vectoring 2.

Rimac Nevera hanya dihasilkan terhad sebanyak 150 unit sahaja dan ia kini sedang dibina di pinggir Zagreb, Croatia dengan penghantaran masih berjalan kepada pelanggan mereka di seluruh dunia.

Rimac Nevera dianggarkan berharga lebih daripada RM9 juta seunit.

Berkaitan

  • Eksklusif: Wise Kongsi Jawapan Tentang DuitNow QR Dan Apple Pay
  • Google Mungkin Akan Bolehkan Telefon Android Anda Jadi 'Dashcam' Kelak
  • Pengguna Apple Watch Lapor Isu Skrin Setelah Kemas Kini watchOS 9.5

Sumber: Rimac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY