Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-09-05 at 10.40.36 AM

(Video) Demo Peranti Boleh Lipat Dipertontonkan Kepada Umum Buat Kali Pertama

Diterbitkan September 5, 2018 oleh Haikel Areff

Beberapa pengeluar peranti telah mengesahkan bahawa mereka akan menghasilkan model peranti boleh lipat dalam masa terdekat. Bagi melengkapi peranti berkenaan, panel paparan BOE sering dikaitkan untuk digunapakai oleh mereka.

Perkara itu dilihat semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila satu video demonstrasi bagi peranti boleh lipat telah dimuat-naik oleh pakar tiris, Ben Geskin(@VenyaGeskin1) di laman Twitter-nya.

Foldable phones are coming! 👏

This is BOE foldable display demo (5.99" FHD+) pic.twitter.com/abPxWBCe2y

— Ben Geskin (@BenGeskin) September 4, 2018

Menurut beliau, peranti dalam video tersebut menggunakan panel paparan boleh lipat BOE yang bersaiz 5.99-inci dengan resolusi FHD+. Setelah dilipat, peranti itu hanya bersaiz lebih kurang satu tapak tangan sahaja dan tentunya akan lebih mudah untuk disimpan di dalam poket.

Pengeluar seperti Samsung, Huawei, Oppo dan Xiaomi  telah mengesahkan bahawa mereka sedang dalam perlumbaan untuk menghasilkan peranti boleh lipat selewat-lewatnya tahun hadapan. Siapa dulu? Sama-sama kita nantikan pemenang perlumbaan alaf baru ini.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY