Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-12-08 at 9.35.14 AM

Video Acah “Avengers: Endgame” Muncul Sebagai Video Paling Tinggi Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam

Diterbitkan Disember 9, 2018 · Dikemas kini Disember 9, 2018 oleh Haikel Areff

Baru sahaja semalam kami melaporkan mengenai pelepasan video acah oleh pihak Marvel Studios bagi filem “Avengers: Endgame” mereka. Hari ini, tidak lama selepas itu, Marvel telah memuatnaik satu kicauan di Twitter mereka seperti berikut:

To the greatest fans in the world, thank you for being there from the beginning til the endgame and making Marvel Studios’ #AvengersEndgame the most viewed trailer in history with 289M views in 24 hours! pic.twitter.com/Fe0MA2Gfqy

— Marvel Entertainment (@Marvel) December 8, 2018

289 juta tontonan dalam masa 24 jam? Wow! Nampaknya para peminat di seluruh dunia sudah mula rasa tidak sabar untuk menonton siri kegemaran mereka ini nanti.

Namun, jumlah ini sebenarnya merangkumi tontonan dari pelbagai platform seperti YouTube, Twitter, Facebook dan sebagainya. Semasa artikel ini ditulis, jumlah tontonan di YouTube rasmi Marvel Entertainment adalah sebanyak 49 juta.

Antara perkara yang memberikan keterujaan kepada peminat untuk menonton filem ini nanti ialah untuk mengetahui nasib adiwira-adiwira yang dihilangkan Thanos, kepentingan watak Ant-Man, kemunculan Captain Marvel serta ura-ura yang mengatakan Miss Potts bakal muncul sebagai adiwira baharu.

Filem “Avengers: Endgame” akan mula ditayangkan pada 26 April ini. Untuk mereka yang masih belum menonton video acah ini, anda boleh menontonnya di bawah.

 

Sumber: @Marvel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
©2026 WISER.MY