Versi Remaster Diablo 2 Dan Warcraft 3 Mungkin Dalam Proses Pembangunan

Sudah diketahui Blizzard sedang mengusahakan versi HD remaster untuk StarCraft dan mungkin kerja mereka tidak terhenti setakat itu kerana mereka mungkin akan berbuat perkara yang sama untuk francais yang lain seperti Diablo 2 dan Warcraft 3.

Mengikut laporan dari PCGamesN yang telah mendapati senarai pekerjaan yang ditawarkan Blizzard khusus untuk perkara itu.

Blizzard belum lagi mengumumkan dengan rasmi untuk perkara itu tetapi dengan huraian pekerja yang mereka cari, tidak mustahil mereka cuba mengembalikan kegemilangan francais tersebut.

Lebih-lebih lagi dari francais tersebut lahir permainan komputer lain yang terkenal seperti DOTA 2 yang menawarkan hadiah kemenangan yang tertinggi dalam pertandingan antarabangsa.

Apa-apa pun kita boleh mendengar sesuatu dari Blizzard sendiri pada BlizzCon 2017 yang akan diadakan pada bulan November ini.

Sumber