Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ip 13 pro

Rekaan Render 3D Apple iPhone 13 Pro Diperlihatkan

Diterbitkan Jun 23, 2021 oleh Wiser MY

Pelbagai perincian mengenai barisan iPhone tahun ini telah dibincangkan beberapa bulan lepas. Oleh itu, pereka Jermaine SmitĀ yang juga dikenali sebagai Concept Creator telah membuat render 3D untuk iPhone 13 Pro.

Berdasarkan render 3D tersebut, rekaannya kekal sama seperti siri iPhone 12 dengan paparan berukuran 6.1-inci.

Namun, difahamkan ia mungkin hadir dengan skrin OLED ProMotion yang menyokong kadar penyegaran 120Hz beserta sensor cap jari (Touch ID) bawah paparan.

Rekaan Render 3D Apple iPhone 13 Pro Diperlihatkan

Selain itu, modul kamera tiga kali gandanya juga dilihat lebih tebal kerana menggunakan sensor imej yang lebih besar. Manakala takuk pada iPhone 13 Pro ini juga dikecilkan sedikit.

Walaupun begitu, ini hanyalah rekaan render 3D dari pereka dengan perincian yang tersebar. Apple dijangka akan memperkenalkannya pada September nanti.

Sumber: letsgodigital

Foto utama: Jermaine | Concept Creator

Baca juga – Peminat Tidak Berapa Suka Dengan Nama iPhone 13

Baca juga – Ini Mungkin Ciri Baru Yang Akan Ada Pada Apple Watch Series 8

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY