Rekaan hadapannya sedikit berbeza dengan model Find X2 yang telah dilancarkan sebelum ini. Ia menggunakan rekaan kamera takuk dan disertakan bezel sedikit tebal di bahagian bawah peranti. Paparannya adalah berukuran 6.4 inci AMOLED dengan resolusi Full HD yang turut menyokong pengimbas cap jari di dalamnya.
Ia dijana oleh cip pemprosesan kelas pertengahan Snapdragon 765 dengan padanan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini tidak menyokong penambahan memori melalui kad microSD akan tetapi apa yang menarik adalah hanya satu slot kad SIM sahaja yang disokong.
Dengan penggunaan cip tersebut, secara tidak langsung ia akan menyokong 5G. Kamera pada bahagian belakang terdapat 4 lensa, yang mempunyai pendekatan berbeza dengan model Find X2 lain (3 lensa). Konfigurasi kameranya adalah 48 MP utama + 8 MP sudut lebar + 2 MP makro + 2 MP depth. Untuk kamera swafoto pula, ia mungkin menggunakan sensor sama seperti model Find X2 lain kerana spesifikasi yang dinyatakan adalah 32 MP.
Bateri peranti adalah berkapasiti 4,025mAh dengan pengecasan pantas 30W melalui USB Type-C. Antara ciri-ciri menarik lain adalah peranti dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm yang tidak terdapat pada model Find X2 sebelumnya. Selain itu, terdapat juga sokongan Wi-Fi 6 dan NFC.
Dikatakan ia akan dilancarkan di Eropah dengan harga jualan 499 euro (~RM2,347). Harga ini boleh dikatakan agak premium juga untuk sebuah peranti kelas pertengahan. Namun, jika ada peminat OPPO Find X2 yang merasakan model sebelum ini agak mahal, mungkin mereka boleh menantikan versi Lite ini untuk membelinya dengan harga yang sedikit rendah pula.
Sumber: winfuture
Berkaitan
- Sah Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak Pembelian Samsung Galaxy S21
- vivo Bakal Menggantikan Antaramuka Funtouch OS Dengan Origin OS
- Pixel 4a Akan Punyai Storan UFS 2.1 Yang Lebih Pantas Berbanding Pixel 3a
- MSI Stealth 15M Hadir Dengan Cip Intel i7 Gen-11, RTX 2060 Max-Q, Dan Panel 144Hz
- AADK Kesan Salah Guna Dadah Melalui Alat Imbasan Anak Mata
- Samsung Lancar Galaxy M11 - Paparan 6.4" Infinity O, 5000mAh USB-C, Dan Tri-Kamera
- Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Huawei Akan Kehilangan LG Dan Samsung Sebagai Pembekal Skrin
- Lenovo Legion Phone Duel Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399
- Nubia Tukar Logo Baharu Dengan Rekaan Lebih Ringkas Dan Moden
- Google Doodle Hadir Dengan Kad Interaktif Digital Sempena Hari Ibu 2020