Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji

Seperti yang kami nyatakan dalam kiriman sebelum ini, Google dijangka akan melancarkan edisi terbaru bagi sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka iaitu Android P pada suku ketiga tahun ini. Perkara ini dilihat semakin hampir menjadi kenyataan apabila Google telah memperkenalkan versi ketiga bagi beta percubaan untuk sistem operasi berkenaan.

Beta terkini ini dikatakan sebagai versi yang hampir lengkap sebelum Android P dilancarkan secara rasmi kepada semua peranti Android pada masa terdekat. Versi kali ini akan memberikan lebih kestabilan operasi peranti, memperbaiki sebarang kelemahan pada versi terdahulu selain kemaskini keselamatan bagi Julai 2018.


Kredit : NDTV Gadget


Versi beta bagi Android P buat masa ini telah membolehkan para pembangun untuk menguji beberapa fungsi terbaru yang akan dibawa masuk ke sistem operasi berkenaan. Antara fungsi yang boleh diuji oleh mereka ialah sokongan multi-kamera, Text Classifier, Image Decoder dan banyak lagi.

Sekiranya anda memiliki peranti yang menggunakan sistem operasi tulen Android One, anda boleh mencuba sendiri versi percubaan beta Android P ini dengan mendaftar pada Program Beta Android terlebih dahulu. Untuk mengetahui sama ada peranti anda layak atau tidak untuk menyertai program ini, anda boleh semak di sini.

Sumber