Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meizu Pro 7- Bila Satu Skrin Tak Mencukupi

Meizu Pro 7- Bila Satu Skrin Tak Mencukupi

Diterbitkan Julai 27, 2017 oleh Haikel Areff

Syarikat pembuat telefon pintar yang berpangkalan di China ini telah mengembangkan portfolio mereka dengan memperkenalkan dua model terbaru iaitu Meizu Pro 7 dan Meizu Pro 7 Plus. Yang paling menarik sudah tentu binaan skrin kedua di bahagian belakang peranti ini.

Meizu Pro 7- Bila Satu Skrin Tak Mencukupi

Walaupun peranti ini bukanlah peranti utama yang membawakan ciri dua skrin tetapi ianya membawa sedikit kelainan berbanding Samsung’s Galaxy Folder series, LG’s V20 dan YotaPhone 2 yang memulakan dulu rekaan seperti ini.

Meizu Pro 7- Bila Satu Skrin Tak Mencukupi

Kita ulakan dengan Meizu 7 Pro, model ini dijalankan dengan sistem operasi Android 7 Nougat bersama Flyme OS dengan sokongan dua kad sim. Peranti ini dibina dengan paparan skrin utama HD penuh Super AMOLED 5.2 inci bersama resolusi 1920p manakala skrin kedua pula berukuran 1.9 inci Super AMOLED bersama ketumpatan piksel 307ppi.

Meizu 7 Pro dimuatkan dengan cip pemprosesan 8-teras MediaTek Helio P25 pada kelajuan 2.5GHz bersama pemprosesan grafik Mali-T880 dan storan 64GB. Terdapat juga variasi kedua unutk model ini yang menggunakan cip pemprosesan 10-teras MediaTek Helio X30 pada 2.6GHz bersama pemprosesan grafik PowerVR 7XTP-MP4 dan storan 128GB. Kedua-dua variasi ini hadir dengan RAM bersaiz 4GB.

Meizu Pro 7- Bila Satu Skrin Tak Mencukupi

Untuk model Meizu 7 Pro Plus pula memperlihatkan paparan skrin QHD Super AMOLED berukuran 5.7 inci bersama resolusi 26560p dikuasakan dengan cip pemprosesan 10-teras MediaTek Helio X30 bersaiz 10nm. Kapasiti bateri sebesar 3500mAh.

Meizu Pro 7- Bila Satu Skrin Tak Mencukupi

Dari segi kamera, kedua-dua model mempamerkan dwi-kamera utama dengan 12-Megapiksel (monokrom + RGB) menggunakan sensor Sony IMX386 dengan aperture f/2.0, PDAF manakala kamera selfie pada 16-Megapiksel , sama seperti telefon Moto Z2 Force yang diperkenalkan semalam. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0

Meizu Pro 7- Bila Satu Skrin Tak Mencukupi

Dari segi harga, model Meizu Pro 7 bakal dijual pada RM1,900 dan RM2,300 untuk model Pro 7 Plus tidak termasuk harga markup dan penghantaran ke Malaysia.

Sumber: The Verge, Meizu,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY