Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Peranti Xiaomi Dengan Snapdragon 855 Tersenarai Di Geekbench

Dua Peranti Xiaomi Dengan Snapdragon 855 Tersenarai Di Geekbench

Diterbitkan Januari 9, 2019 oleh Haikel Areff

Lenovo telah mengejutkan arena telefon pintar dunia apabila menjadi pengeluar pertama yang mengumumkan peranti dengan Snapdragon 855 secara rasmi pada Disember lepas.

Bagaimanapun, peranti Lenovo Z5 Pro GT itu masih lagi belum dilancarkan sehingga ke hari ini.

Dua Peranti Xiaomi Dengan Snapdragon 855 Tersenarai Di Geekbench
Trusted Review

Walaupun ada laporan menyatakan ia akan diperkenalkan pada 15 Januari sebelum ini, Lenovo masih lagi berdiam diri sedangkan tarikh berkenaan sudah semakin hampir.

Ia sekaligus menimbulkan kemungkinan bahawa mereka tidak akan muncul sebagai pengeluar pertama yang hadir dengan peranti Snapdragon 855.

Menguatkan lagi dakwaan itu, dua peranti Xiaomi dengan sistem cip tersebut dilihat telah tersenarai di laman penanda aras Geekbench baru-baru ini.

Dua Peranti Xiaomi Dengan Snapdragon 855 Tersenarai Di Geekbench
Geekbench

Peranti yang pertama ialah Xiaomi Cepheus. Model ini dijangka hadir dengan sokongan 6GB RAM serta dijalankan menggunakan Android 9 Pie. Nama Cepheus pula didakwa adalah merupakan kod nama bagi Mi 9 atau Mi Mix 3 5G.

Dua Peranti Xiaomi Dengan Snapdragon 855 Tersenarai Di Geekbench
Geekbench

Model yang kedua adalah peranti dibawah siri menfokuskan permainan video Xiaomi, BlackShark Skywalker.

Walaupun hadir dengan sistem cip yang sama seperti Cepheus, namun peranti ini disokong oleh memori lebih besar iaitu 8GB RAM, sesuai dengan reputasinya sebagai peranti untuk permainan mudah alih.

Tiada sebarang maklumbalas daripada pihak Xiaomi buat masa ini. Namun CEO-nya, Lei Jun dijangka akan memberi bayangan awal di akaun Weibo miliknya dalam masa terdekat.

 

Sumber: Geekbench via Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY