Kini, setelah lebih kurang 8 bulan dilancarkan, Honor dilaporkan bakal mengumumkan variasi View 10 dengan 8GB RAM pula pada 14 Ogos ini.
Perkara tersebut telah dilaporkan oleh GSMArena pada 9 Ogos lalu. Bagaimanapun, tiada naiktaraf dari segi simpanan dalam diumumkan apabila Honor masih mengekalkan kapasiti 128GB ROM bagi peranti berkenaan.
Selain variasi 6GB RAM, Honor View 10 turut dilancarkan dengan satu lagi variasi iaitu dengan memori 4GB. Namun, variasi tersebut tidak dibawa masuk secara rasmi ke pasaran tempatan.
Bagi variasi 8GB RAM ini pula, ia masih belum dapat dipastikan sama ada akan ditawarkan di Malaysia secara rasmi atau tidak. Mungkin kita akan dapat mendengar sepatah dua kata dari Honor Malaysia tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan anda, ia bakal dipasarkan di pasaran China terlebih dahulu. Akan tetapi, harga pasarannya masih lagi tidak diketahui setakat ini.
Sumber
Berkaitan
- Samsung Galaxy A9 2018 - Peranti Bermata Empat Pertama Di Dunia Diperkenalkan Secara Rasmi
- Asus VivoBook S15 (2018) - Laptop Ringan Dengan Rekaan Ergolift Hinge
- Honor 10 Bakal Terima Sokongan GPU Turbo Dan AIS Ogos Ini
- Sokongan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar Google Pixel 3 Hanya Pada Dek Pengecas Yang Diiktiraf Sahaja
- iPhone 8 Dijangka Membawakan Sokongan Rakaman Video 4K Di Kamera Utama dan Selfie
- Google Allo Kini Hadir Dengan Ciri Membenarkan Pengguna Membuat Undian
- Memang Gempak, Ini Tips Kami Untuk Guna Kamera Samsung Galaxy S10
- Huawei P20 Pro & Honor 10 Antara 9 Model Huawei Yang Bakal Terima Android Pie Bermula Minggu Ini
- Nokia N95 Bakal Membuat Kemunculan Semula
- Realme X2 Pro Master Edition Bakal Dipasarkan Sebanyak 50 Unit Sahaja