Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopback 1

Anda Kini Boleh Guna ShopBack Di Kedai Fizikal, Jimat Berganda

Diterbitkan Ogos 11, 2023 oleh Helmi Samsuri

Kebanyakan daripada kita yang sering berbelanja secara dalam talian pastinya mengenali platform beli-belah dan ganjaran, Shopback. Setakat ini, aplikasi tersebut sudah berjaya mancatatkan lebih daripada 5 juta pengguna di Malaysia.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-8 yang berlangsung hari ini, ShopBack mengumumkan bahawa ia sudah boleh digunakan di kedai fizikal melalui ShopBack-PayLater. Untuk makluman, ia sebelum ini hanya dinikmati secara dalam talian sahaja.

Melalui pengenalan ini, jutaan pengguna boleh meraih pulangan tunai apabila mereka membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai yang terlibat.

Shopback 2

Sedia dilancarkan sekitar Ogos tahun lalu, ShopBack PayLater (Beli Dulu,Bayar Kemudian) membolehkan pengguna membahagikan tiga bayaran kepada tiga ansuran bulanan tanpa faedah.

Terbaru, perkhidmatan tersebut hari ini telah dinaik taraf dengan pulangan tunai dan pelbagai ganjaran lain bersama pilihan bayaran penuh (ShopBack Pay). Ini sekaligus, menawarkan pengguna membuat bayaran di kedai fizikal menggunakan kaedah bayaran pilihan masing-masing sambil meraih pulangan tunai sebagai ganjaran.

Antara kedai dan platform yang terlibat dengan ShopBack

Shopback 1
Shopback 2
Shopback 3
Shopback 4

Menurut ShopBack, pembayaran melalui ShopBack boleh dibuat di lebih 2,000 kedai jenama popular secara dalam dan luar talian.

Penawaran baru ini mungkin mampu memikat lebih ramai untuk menggunakan ShopBack dimana ia dilihat memberikan penjimatan berganda. Ini kerana pembayaran menerusi aplikasi ini akan memberikan ganjaran dalam bentuk pulangan tunai selain ganjaran daripada kaedah bayaran pilihan mereka, misalnya ganjaran kad kredit.

Berkaitan

  • (Promosi) Penghantaran Percuma foodpanda Sepanjang Bulan Kemerdekaan Ini
  • Shopback - Platform Beli Belah Yang Berikan Pulangan Tunai Untuk Setiap Pembelian
  • 10 'Gadget' Menarik Yang Ada Diskaun Sempena 7.7 'Mid-Year Sale' Di Shopee

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY