Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gurman: MacBook Pro Dan Mac Mini Cip M3 Hadir Tahun Depan

Apple M3 Mungkin Guna Teknologi 3nm, Hadir 2024

Diterbitkan Ogos 11, 2023 · Dikemas kini Ogos 11, 2023 oleh Firdaus

Cip Apple generasi seterusnya, siri M3 akan lebih berkuasa dan menawarkan bilangan teras yang lebih tinggi. Namun. model standard Apple M3 dan M3 Pro tidak mempunyai penambahan dari segi bilangan terasnya.

Walaupun begitu, anda jangan risau kerana siri Apple M3 dilapor menggunakan teknologi seni bina 3nm yang lebih cekap, efisien dan berkuasa berbanding pendahulunya.

Gurman: Apple Dijangka Lancar Mac Baharu Dengan Cip M3 Pada Oktober

Selain itu, Apple juga dilaporkan telah membeli kesemua cip 3nm TSMC yang telah dihasilkan pada tahun pertama pengilangannya.

Tetapi, cip Apple M3 Max akan memberikan bilangan 4 teras CPU dan 2 teras GPU lebih banyak berbanding pendahulunya, M2 Max.

Oleh itu, berkemungkinan besar cip M3 Max akan dilengkapi 16 teras CPU dan 40 teras GPU di dalamnya nanti berdasarkan bilangan teras yang dimiliki cip M2 Max ketika ini.

Kena dengan namanya, cip M3 Max menawarkan 48GB memori berkongsi dan adalah yang paling berkuasa dalam sirinya.

Macbook Pro
Macbook Pro

Cip M3 Max sekali lagi akan menggunakan tetapan hibrid dengan 12 teras berprestasi tinggi dan 4 teras kecekapan. Siri Apple M3 akan menguasakan beberapa peranti MacBook dan Mac pada tahun-tahun akan datang.

Berkaitan

  • Ini Kelebihan Guna Bingkai Titanium Dalam Sesebuah Telefon Pintar
  • Apple Bukan Lagi Syarikat USD3 Trilion Tapi Masih Nombor Satu Di Dunia
  • Cara Semak Jika Ada AirTag Orang Lain Berdekatan
  • Tak Dijangka, Ramai Pratempah Galaxy Z Flip5 Dan Z Fold5
  • Xiaomi Pad 6 Max Akan Dilancarkan Pada 14 Ogos Ini

Tapi, MacBook Pro 2024 adalah peranti pertama yang akan dijanakan siri cip M3 berkemungkinan besar pada Oktober 2024. Ketika ini, Apple dilaporkan sudah pun mula menguji MacBook Pro dengan cip M3 Max dengan nama kod peranti itu, J514.

Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljgajt

Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljgak7

Sumber: GSMArena, Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY