Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple TSMC Arizona

Apple Dilapor Kaut Semua Cip 3nm TSMC Pada Tahun Pertama Penghasilannya

Diterbitkan Ogos 11, 2023 oleh Firdaus

Pada hujung 2022, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company mula menghasilkan cip 3nm mereka yang dipanggil FinFlex. Dan Apple terus membeli kesemua batch awal cip 3nm TSMC itu.

Tingkatkan Lagi Pengeluaran Cip, Taiwan Gesa Jepun Labur Lebih Banyak

Kini, terdapat laporan yang menyatakan Apple telah membeli semua cip 3nm TSMC yang telah dihasil pada tahun pertama. Hal ini agak mengejutkan kerana Apple tampak begitu rakus dan mungkin kerana tidak mahu sebarang isu kekurangan bekalan untuk peranti-peranti yang akan datang.

Apple Dan TSMC Dilapor Bekerjasama Untuk Pembangunan Cip 2nm

Anda boleh menjangkakan cip 3nm TSMC itu bakal digunakan untuk siri peranti iPhone 15 dan Apple M3 untuk MacBook. Namun, Apple tidak mahu membayar untuk sebarang cip yang rosak dan TSMC bersetuju untuk mengenakan caj hanya kepada cip yang sempurna sahaja.

Menariknya lagi, ada laporan menyatakan kadar kejayaan TSMC akan cip 3nm ini adalah 70% lebih baik dan lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan.

TSMC Meraikan Kejayaan Pengeluaran 1 Bilion Cip Pemprosesan 7nm

Untuk pengetahuan anda, Apple mewakili 23% daripada pendapatan USD72bilion (~RM329.29 bilion) TSMC pada 2022 lepas. Apple juga telah membayar hampir USD17 bilion (~RM77.75 bilion) untuk layanan eksklusif kepada cip 3nm TSMC.

Hal ini demikian kerana cip tersebut mampu memberikan peranti Apple kelebihan berbanding pesaing-pesaing yang lain.

{suggest}

Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 15 tidak lama lagi dan siri MacBook M3 3nm TSMC pada tahun 2024 depan.

Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljgajt

Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljgak7

Sumber: Extremetech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY