Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung snapdragon

Samsung Galaxy S23 Sah Dijana Snapdragon, Exynos Mungkin Tiada Lagi

Diterbitkan Julai 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Qualcomm telah mengesahkan khabar angin bahawa Samsung Galaxy S23 nanti akan dikuasakan oleh cip Snapdragon.

Turut dikatakan cip Snapdragon nanti akan lebih banyak digunakan dalam produk Samsung selepas ini.

Samsung terkenal menggunakan pemproses Exynos, bagaimanapun, bahagian Exynos dalam campuran cip telah pun dikurangkan, di mana Snapdragon 8 Gen 1 sekitar 70% daripada semua unit Galaxy S22 manakala Exynos hanya 30%.

Qualcomm sebelum ini juga telah mengumumkan pembaharuan perjanjian bekalan cipnya dengan Samsung untuk 7 tahun akan datang sehingga 2030.

Perjanjian itu bukan sahaja untuk telefon pintar Galaxy, tetapi juga termasuk PC, tablet, dan banyak lagi.

Turut ditambah, Qualcomm akan menjanakan peranti Samsung secara global, dengan kemungkinan besar Samsung tidak akan terlalu bergantung pada cip Exynos.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Pegang Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ke-3 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
©2026 WISER.MY