Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-ura Mendakwa Vivo NEX 3 v5G Akan Dilancarkan Oktober Ini Di Seluruh Dunia

Ura-ura Mendakwa Vivo NEX 3 v5G Akan Dilancarkan Oktober Ini Di Seluruh Dunia

Diterbitkan Ogos 17, 2019 · Dikemas kini Ogos 17, 2019 oleh ariff bukhari

Vivo perlihatkan telefon pintar dengan rekaan skrin yang dipanggil sebagai “Waterfall screen“.

Sebelum ini pihak Vivo telah perlihatkan gambar acah rekaan skrin terbaru yang dipanggil sebagai “Waterfall screen“. Rekaan skrin tersebut dijangka akan digunakan pada model telefon pintar ‘flagship‘ mereka iaitu pada siri Vivo NEX.

Ia bersandarkan kepada sumber Weibo yang mendakwa Vivo akan menggunakan rekaan skrin tersebut pada telefon pintar Vivo NEX 3. Rekaan skrin itu akan membuang butang yang biasanya ada pada 2 bahagian tepi kebanyakkan telefon pintar. Sebaliknya ia akan digantikan dengan ciri skrin sentuh menerusi skrin waterfall tersebut yang meliputi sehingga bahagian tepi telefon pintar Vivo NEX 3.

Pengurus produk Vivo NEX, Li Xiang turut mendedahkan sendiri lakaran rekaan skrin waterfall  itu di laman Weibo miliknya.

Vivo waterfall screen

Daripada lakaran tersebut, dapat juga dilihat telefon pintar Vivo NEX 3 akan datang bakal dilengakapi denga 3 kamera utama dengan rekaan bulat yang diinsirasikan daripada rekabentuk jam tangan mekanikal. Rekaan kamera hadapan pula mungkin Vivo bakal perkenalkan teknologi sensor kamera di bawah paparan.

Ura-ura juga mendakwa, siri Vivo NEX 3 versi 5G turut bakal dilancarkan di seluruh dunia nanti. Cuma buat masa ini belum ada pengesahan sendiri daripada pihak Vivo Malaysia serta informasi lain berkenaan model terbaru siri Vivo NEX tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY