Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-Ura: Cip M2 Extreme Untuk Mac Pro Mungkin Hadir Dengan 48 Teras CPU, 160 Teras GPU

Ura-Ura: Cip M2 Extreme Untuk Mac Pro Mungkin Hadir Dengan 48 Teras CPU, 160 Teras GPU

Diterbitkan Oktober 4, 2022 · Dikemas kini Oktober 4, 2022 oleh Amalina Athman

Buat masa ini, belum lagi diketahui jika Apple merancang untuk memperkenal cip silikon baharu untuk model Mac Pro. Akan tetapi, spekulasi terkini mendedahkan Apple mungkin akan melancarkan cip M2 Extreme, bagi menguasakan Mac Pro baharu pada tahun depan.

Terdahulu, Apple pada tahun 2020 telah beralih kepada cip M1 untuk MacBook Air, MacBook Pro 13-inci, Mac mini, dan iMac 24-inci. Pada 2021, Apple kemudiannya menggunakan cip M1 Pro dan M1 Max untuk MacBook Pro 14 dan 16-inci.

Berkaitan

  • M1 Ultra 8 Kali Ganda Lebih Berkuasa Berbanding M1
  • Apple M2 Rasmi - Prestasi Dipertingkat Tapi Penggunaan Tenaga Masih Efisien
  • Apple Kenalkan MacBook Pro 13 Inci Dikuasakan Cip M2

Tahun 2022 menyaksikan Apple memperluas lagi penggunaan cip berasaskan seni bina ARM iaitu M1 Ultra yang membuat kemunculan pada Mac Studio baharu.

Pada Julai lepas, Apple melancarkan model baharu MacBook Pro 13-inci yang dikuasakan cip M2. Dijangka, model baharu MacBook Pro yang akan dilancar pada bulan ini juga mungkin hadir dengan cip silikon baharu iaitu M2 Pro dan M2 Max.

Berbalik kepada cip M2 Extreme, Macworld menjangkakan cip ini bakal hadir dengan 48 teras CPU, 160 teras GPU serta sehingga 384GB RAM. Bloomberg sebelum ini pula pernah mencadangkan cip dengan 40 teras untuk Mac Pro akan datang.

Bagaimanapun, sama ada 40 atau 48 teras, kemungkinan besar cip pemproses M2 Extreme akan menguasakan Mac Pro terbaharu yang dijangka hadir pada tahun 2023. Dikhabarkan juga, Apple pada asalnya merancang penggunaan M1 pada Mac Pro, namun kemudiannya memutuskan untuk menunggu cip M2.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY