Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Call of the Wild: The Angler

Untuk Geng “Kaki Pancing”, ‘Game’ Ini Sedang Percuma Untuk Masa Terhad

Diterbitkan Mac 26, 2024 · Dikemas kini Mac 26, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda meminati aktiviti pancing ikan khususnya atau ingin merasai ala-ala “pengalaman” memancing, anda boleh segera memuat turun permainan ini yang sedang percuma buat masa terhad.

Call of the Wild: The Angler™ adalah permainan yang akan memberikan pengalaman memancing di mana anda boleh bersantai dan berehat di tempat kegemaran atau terokai alam yang indah dengan rakan semasa anda memulakan perjalanan untuk menjadi pemancing yang mahir.

Game ini boleh dimuat turun secara percuma sehingga 28 Mac 2024, jam 11.00PM. Selepas tempoh itu, ia kembali berharga RM51.49.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan game ini.

Call of the Wild: The Angler™ System Requirements

Tetapi, jika anda tidak berkenan dengan permainan pancing itu, apa kata anda muat turun Invincible Presents: Atom Eve.

Ia merupakan permainan pengembaraan yang memerlukan anda menjadi Atom Eve sebagai salah seorang wira-wira paling berkuasa di alam semesta Invincible.

Anda perlu membongkar misteri dan mengimbangi tanggungjawab sebagai adiwira dengan cabaran dalam kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, permainan ini hanya sesuai untuk mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan Invincible Presents: Atom Eve.

Invincible Presents: Atom Eve System Requirements

Invincible Presents: Atom Eve juga boleh dimuat turun secara percuma sehingga 28 Mac 2024, jam 11.00PM. Selepas tempoh itu, ia akan kembali berharga RM27.99.

Call of the Wild: The Angler™ dan Invincible Presents: Atom Eve boleh dimuat turun percuma sekarang dari stor Epic Games.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY