Unimas Guna Sistem Imbas Kod QR Untuk Rekod Kehadiran

Penggunaan telefon pintar semakin meluas di Malaysia dan pelbagai sistem yang berkaitan dengan peranti mudah alih mula diperkenalkan. Salah satu contoh adalah kejayaan Universiti Malaysia Sarawak menjadi IPTA pertama mewujudkan sistem pengenalan pelajar dan kakitangan secara digital.

Sistem pengenalan digital yang diperkenalkan oleh Unimas ini berupaya merekod kehadiran pelajar dan kakitangan universiti dengan hanya mengunakan imbasan kod QR(Quick Response) melalui telefon pintar mereka. Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, beliau menyatakan sistem tersebut akan dipelbagaikan lagi penggunaannya tidak lama lagi.

Apa yang membanggakan adalah, Unimas hanya mengambil masa sebulah sahaja untuk melaksanakan sistem pengenalan digital itu dan ini menunjukkan mereka benar-benar komited dalam menaik taraf sistem sedia ada.

Difahamkan Universiti Malaysia Perlis adan Universiti Teknologi Malaysia akan turut memperkenalkan sistem ini pada bulan November dan Disember hadapan.

Sumber: Astro Awani