Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fungsi Baharu Google Play Store Bolehkan Pengguna Semak Ruangan Kosong Pada Simpanan Dalaman Peranti

Sebanyak 205 Aplikasi Bahaya Dikenalpasti Berada Di Play Store Pada Bulan Lalu

Diterbitkan Ogos 2, 2019 oleh Helmi Samsuri

Laman muat turun aplikasi mudah alih untuk Android, Google Play Store sekali lagi dikesan menyenaraikan lebih 205 aplikasi bahaya pada bulan lalu.

Memetik kicauan Twitter @LukasStefanko, penyelidik perisian hasad dari ESET, beliau menyatakan aplikasi-aplikasi tersebut telah dimuat turun lebih daripada 32 juta kali. Selain itu data ini adalah berdasarkan daripada penyelidikan, laporan serta kicauan yang dibuat hanya dalam bulan Julai sahaja.

Review of harmful apps on Google Play in July 2019:

Summary: 205 apps with over 32,471,100 installs.

Thanks to all the researchers for their discoveries and reports! https://t.co/EcsAI5g7lr pic.twitter.com/pZSCyytEu3

— Lukas Stefanko (@LukasStefanko) August 1, 2019


Data-data tersebut dikumpul Stefanko dari penyelidik lain yang memperlihatkan sejumlah 188 aplikasi dikatakan sangat agresif.

Beliau menyatakan kepada The Next Web, apabila dilancarkan, aplikasi akan menyembunyikan ikon dari skrin utama dan kebanyakan tidak mempunyai fungsi selain memaparkan iklan skrin penuh kepada pengguna.Aplikasi dari kategori ini sudah dimuat turun lebih daripada 19 juta kali, diikuti dengan tiga aplikasi penipuan langganan dengan jumlah muat turun 12 juta kali.

The Next Web menghubungi Google tetapi tiada jurucakap yang tersedia untuk memberi penjelasan ketika laporan diterbitkan laman teknologi tersebut.

Sumber: @LukasStefanko via The Next Web 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY