Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Perkenal Chromecast Ultra Versi 4K

Posted on Oktober 4, 2016Oktober 23, 2016

Hari ini Google mendedahkan peranti streaming popular mereka, Chromecast Ultra yang disokong dengan resolusi 4K. Pada acara Google yang berlangsung beberapa jam yang lepas, syarikat itu menunjukkan beberapa fungsi baru yang mampu menarik minat pembeli. Chromecast Ultra mampu menyalurkan siaran resolusi 4K dari Youtube, Netflix dan juga Vudu. Sokongan untuk menonton filem dari Google Play Movies bakal dinikmati pada November ini. Kandungan HDR iaitu format HDR 10 dan juga Dolby Visions turut disokong peranti baru ini.

Menurut Google, Ultra merupakan peranti streaming yang paling laju untuk generasi Chromecast. Tidak kisah samada anda mempunyai TV sokongan 4K ataupun tidak, video loading gajet ini adalah 1.8 kali lebih pantas daripada Chromecast versi standard. Syarikat itu juga turut menyediakan port Ethernet pada penyesuai kuasa (power adapter) untuk kegunaan pengguna yang tidak mempunyai sambungan WiFi yang kuat bagi kandungan video 4K.

Reka bentuk Ultra sama seperti Chromecast versi standard, berbentuk bulat leper dengan logo G. Terdapat kord sambungan untuk HDMI supaya peranti itu dapat disembunyikan dengan mudah di belakang TV. Harga jualan peranti ini dijangka dua kali ganda lebih mahal daripada versi yang sebelumnya, kira-kira ~RM285 untuk pasaran Amerika Syarikat. Ia akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat serta 16 buah negara lain November ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress