Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1 (2)

UNIMAS Kenal Pasti Dan Uji Penyelesaian AI Untuk Industri Di Sarawak

Diterbitkan September 22, 2026 · Dikemas kini September 22, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Singularity Connect Sdn. Bhd.di bawah inisiatif University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026.

Singularity Connect Sdn Bhd ialah sebuah kumpulan teknologi Malaysia yang menumpukan kepada pembangunan, aplikasi dan pengkomersialan kecerdasan buatan merentas pelbagai industri.

Kerjasama selama 24 bulan ini bertujuan mengenal pasti dan menguji penyelesaian kecerdasan buatan (AI) bagi memenuhi keperluan industri, komuniti dan sektor awam di Sarawak.

Gabungan kepakaran pembangunan dan tadbir urus AI oleh Singularity Connect dengan tenaga penyelidik serta kemudahan UNIMAS akan mempercepatkan transformasi penyelidikan universiti kepada aplikasi sebenar.

Projek akan melalui fasa mengenal pasti masalah, penyelidikan, ujian dan pelaksanaan dengan hasil yang diukur sebelum dikomersialkan.

Photo 1 (2)
Dari kiri: Syahrizan Junaini, Ketua Pegawai Eksekutif, UNIMAS Holdings Sdn Bhd; dan Fauzi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Singularity Connect Sdn Bhd, pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman sempena URIIS 2026 untuk mengenal pasti dan menguji teknologi AI bagi memenuhi keperluan sebenar industri, komuniti dan sektor awam di Sarawak.

Syahrizan Junaini, Ketua Pegawai Eksekutif UNIMAS Holdings Sdn Bhd, berkata,

 

“UNIMAS mempunyai kepakaran penyelidikan dan bakat yang kukuh merentas pelbagai bidang. Peranan kami di UHSB adalah untuk menjadi penghubung antara pengetahuan tersebut dengan peluang sebenar dalam industri dan komuniti. Melalui kerjasama ini, kami berhasrat untuk mengenal pasti masalah sebenar, menghimpunkan penyelidik serta rakan kongsi teknologi yang tepat, dan membangunkan penyelesaian AI yang boleh diuji di Sarawak.”

Bidang awal yang akan diterokai termasuk pengurusan biodiversiti dan sumber semula jadi, kesihatan, pendidikan, pertanian, operasi kampus pintar serta pendigitalan perniagaan.

Inisiatif ini dijangka membuka laluan baharu kepada inovasi berimpak tinggi, menjadikan Sarawak sebagai hab penyelidikan dan pembangunan AI yang memacu kemajuan komuniti dan ekonomi digital Malaysia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pelajar UNIMAS Berjaya Hasilkan Reka Bentuk Cip Pertama Sendiri
  • Acer Lancar Googlebook 14, Laptop Skrin Sentuh, Nipis Dan Ringan Pada Harga Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Music Tambah Label Baharu Untuk Lagu Dijana AI
  • IBM Beri Amaran Bahaya Pengkomputeran Kuantum Pada Keselamatan Siber
  • Saham Merosot, Netflix Bakal Membuang Seribu Pekerja
  • WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
©2026 WISER.MY