Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2019-01-30 at 4.06.28 PM

Unifi Mahu Bawa Lebih Banyak #khabarbaik Bagi Tahun 2019

Diterbitkan Januari 30, 2019 ยท Dikemas kini Januari 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Hari ini TM telah mengadakan acara bertemu media untuk mengumumkan pelancaran kempen #khabarbaik. Ia bertujuan membawakan lebih banyak berita atau penawaran yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

WhatsApp Image 2019-01-30 at 4.06.28 PM

Berdasarkan pengumuman hari ini, naik taraf kelajuan melalui Unifi Turbo telah dinikmati lebih dari 910,000 pelanggan unifi disamping lebih dari 66% daripada 340,000 pelanggan Streamyx yang berada dalam kawasan unifi telah dinaik taraf kepada jalur lebar fiber optik itu pada harga yang sama seperti pelan semasa mereka. TM juga mengalakkan pengguna Streamyx mengambil peluang naik taraf percuma ke unifi.

Selain itu, bagi perkhidmatan mudah alih, pelan pascabayar dengan harga permulaan RM19 turut diperkenalkan pada Disember tahun lalu. Pengguna tidak terikat pada sebarang kontrak dan boleh memilih pelan RM19, RM29, RM39 ataupun RM59.

Unifi Mahu Bawa Lebih Banyak #khabarbaik Bagi Tahun 2019 Unifi Mahu Bawa Lebih Banyak #khabarbaik Bagi Tahun 2019

Antara promosi baru yang boleh kita lihat adalah seperti pemasangan perkhidmatan unifi dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran. Caj pemasangan juga adalah percuma sehingga 31 Mac 2019 dimana selepas tempoh tersebut, caj RM200 akan dikenakan semula.

Walaupunbegitu, unifi mungkin boleh menambahbaik capaian rangkaian serta mengemaskini pelan mudah alih diatas seperti contoh pelan RM29.

Hal ini kerana sebilangan pengguna menyatakan terdapat pelan dari telco lain berbaloi dipilih dalam lingkungan harga tersebut.

Ini tidak termasuk lagi dengan keluhan pengguna Streamyx diliuar kawasan unifi. Walaupun ditawarkan dengan kelajuan yang digandakan, tetapi masih lagi tiada #khabarbaik dari segi harga langganan.

Diharapkan kita akan mendengar lebih banyak lagi #khabarbaik dari Unifi untuk tahun 2019 ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY