Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UM, UiTM Dan UTHM Berkerjasama Kaji Penentuan Waktu Solat Lebih Tepat Di Selangor

UM, UiTM Dan UTHM Berkerjasama Kaji Penentuan Waktu Solat Lebih Tepat Di Selangor

Diterbitkan November 12, 2026 · Dikemas kini November 12, 2026 oleh ariff bukhari

Menyedari kepentingan ketepatan dalam penentuan waktu solat, Universiti Malaya (UM) kini sedang mengetuai penyelidikan bagi menilai kesesuaian penggunaan waktu solat berasaskan daerah di Selangor.

Kajian Kebolehlaksanaan Zon Waktu Solat Berdasarkan Daerah di Negeri Selangor ini bertujuan meningkatkan ketepatan penentuan waktu solat dengan mengambil kira perbezaan kedudukan geografi antara daerah-daerah yang terdapat di negeri tersebut.

Pada masa ini, Selangor menggunakan sistem pembahagian tiga zon waktu solat.

Walau bagaimanapun, perbezaan kedudukan matahari di lokasi yang berlainan menyebabkan waktu terbenam matahari dan waktu solat tertentu, khususnya Maghrib, tidak berlaku serentak di seluruh kawasan dalam zon yang sama.

Sebagai contoh, penduduk di Sepang dan Hulu Selangor kini mengikuti zon waktu solat rasmi yang sama, walaupun waktu matahari terbenam mungkin berbeza sedikit antara kedua-dua daerah tersebut.

Perbezaannya mungkin kecil, namun perbezaan beberapa minit sekalipun boleh menjadi penting dalam menentukan waktu solat serta semasa bulan Ramadan ketika waktu untuk berbuka puasa.

Oleh itu, kajian ini akan meneliti pendekatan berasaskan daerah untuk memberikan waktu solat yang lebih tepat dan selaras dengan keadaan geografi setempat serta kekal praktikal bagi pihak berkuasa agama dan penduduk Selangor.

Bagi menjayakan usaha ini, pasukan penyelidik sedang membangunkan perisian khusus yang dapat menjana jadual waktu solat secara automatik mengikut daerah.

Selain UM, kajian ini turut melibatkan kerjasama pelbagai institusi termauklah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Beberapa agensi agama seperti Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS)) turut sama terlibat dalam proses penilaian dan penyelidikan.

Dengan sokongan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), kajian ini dijangka memberi manfaat kepada umat Islam, terutamanya dalam menentukan waktu solat dan ibadah puasa dengan lebih tepat.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jadual waktu solat rasmi yang digunakan oleh masjid, surau dan aplikasi digital.

Sekiranya mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan, sistem waktu solat berasaskan daerah ini dicadangkan untuk dilaksanakan di Selangor mulai tahun 2027 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
  • UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar

Terbaru

  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY