Ultra Instinct Dari UKM Dinobatkan Sebagai Juara Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Anjuran Xpax Untuk Semester Kedua

Bertempat di The Curve Damansara, telah berlangsung perlawanan akhir untuk Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) anjuran Xpax untuk semestar kedua. Kejohanan yang disertai oleh Institusi Pengajian Tinggi Malaysia mempertaruhkan dua permainan mudah alih iaitu PUBG Mobile dan juga Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dengan hadiah keseluruhan bernilai RM 180,000.00.

Penyertaan yang menggalakkan dari seluruh negara membayangkan KEK Sem 3 semakin cerah untuk diadakan pada tahun hadapan. KEK anjuran Xpax bertujuan untuk memacu pertumbuhan industri e-sukan di Malaysia di samping membuka peluang kepada bakat-bakat baru di kalangan pelajar untuk mempamerkan kemampuan mereka di gelanggang.

Untuk permainan PUBG Mobile, UNIMAP Elementus dari Universiti Malaysia Perlis telah menjadi johan menewaskan IIUM MUSTANGS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala RAIZEN SQUAD dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Sungai Petani mendapat tempat ketiga.



Untuk permainan MLBB pula, Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menewaskan Parahmen dari Politeknik Haji Sultan Ahmad Shah (POLISAS) dalam 2 perlawanan untuk bergelar juara. Blank dari Universiti Tun Hussein Onn pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.



 



Untuk juara keseluruhan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memenangi kategori tersebut dengan mengutip mata keseluruhan sebanyak 340 mata. Mereka membawa pulang tajaan biasiswa sebanyak RM 50,000.00 sebagai juara kategori keseluruhan.