(Ulasan) Samsung HW-Q800C - 'Soundbar' Yang Bawa Panggung Ke Ruang Tamu

Zaman sekarang, dengan adanya platform penstriman seperti Netflix, kita sudah tak perlu ke panggung wayang untuk menonton filem.

Ya, sudah tentu ia tidak dapat mencapai 100% kepuasan sama seperti di pawagam namun kita peroleh privasi dan kebebasan yang lebih apabila menonton di ruang tamu sendiri.

tv 75 inci samsung

Namun, gabungan ini perlukan TV dan sistem suara yang mantap.

Tempoh hari, kami menerima pasangan TV 75" dan soundbar daripada Samsung.

https://www.youtube.com/watch?v=FI2YRRZq_rg

Dalam artikel kali ini, saya hanya menumpukan terhadap pengalaman audio untuk soundbar Samsung HW-Q800C yang berharga RM3,999. Ulasan bagi unit TV akan diterbitkan secara berasingan.

Rekaan




Unit soundbar-nya datang dengan jeriji besi hitam yang sangat kukuh di atas dan hadapan. Unit ini agak berat dan panjang, kena dengan dengan lebar TV 75". Jeriji dan beratnya beri sensasi premium.



Subwoofer-nya pula besar dan mungkin anda akan ada masalah untuk letakkannya kalau ruang di rumah agak terhad.

Anda tidak perlu sambungkan soundbar dan subwoofer melalui wayar kerana ia tersambung secara wayarles secara automatik.


Mod audio


Saya mencuba 4 mod yang tersedia iaitu Standard, Game, Adaptive dan Surround. Saya ringkaskannya di bawah.

soundbar samsung hw-q800c

  • Standard - Kosong, rata, sangat terbuka

  • Game - Semacam Standard tapi besnya sedikit lebih dalam

  • Adaptive - Audio lantang, jelas, kaya dengan bunyi serta bunyi yang terhala pada anda

  • Surround - Tidak banyak beza dengan Adaptive namun ada beberapa bahagian atau lagu yang lebih sedap didengar dalam mod ini. Ia lebih sedikit terbuka, tidak tight seperti Adaptive.


Antara Adaptive dan Surround


Mod paling saya suka ialah Adaptive.



Kesemua nada low, mid dan high lebih lantang dan jelas. Audionya juga lebih kaya (rich), jadi anda rasa lebih banyak bunyi/instrumen.

Seperti namanya, agak ketara pantulan arah bunyinya yang terbit terus pada anda yang berada di depan TV, berbanding mod Standard atau Game yang terbuka tanpa arah.



Inilah yang membuatkan kepuasan mendengar menjadi lebih bagus daripada mod lain.

Dengan saluran 5.1.2, sokogan Dolby Atmos dan DTS X, bertambahlah nikmat menonton babak-babak daripada treler Oppenheimer.



Bagi Surround pula, hanya sedikit bezanya dengan Adaptive. Tapi, ada waktunya audio kedengaran sedikit kuat daripada Adaptive.

Selain itu, efek bunyi latar lebih jelas dalam Surround kerana ia tidak terlalu tight seperti Adaptive.

Mudah kata, Surround lebih sedikit terbuka berbanding Adaptive.

Ciri lain



  • Night - Ia semacam menapis noise yang tidak perlu. Kelantangannya sedikit perlahan tetapi keseluruhan audio masih sangat memuaskan hati. Senang kata, sound lebih clean. Walaupun bersendirian, saya hidupkan saja kerana mahu bunyi yang 'bersih'. Saya umpamakan bunyi yang keluar seperti frekuensi yang pendek di mana jarak perjalanannya rendah, oleh sebab itu kita yang di hadapannya masih dengar dengan jelas.

  • Voice - Ciri ini antara yang perlu dihidupkan kerana ia menguatkan lagi vokal.

  • Space Fit - Pantulan bunyi membuatkan bunyi didengar sedikit lantang. Namun, ia tidak terlalu ketara.

  • AVA (Active Voice Amplifier) - Disebabkan saya hanya guna ia semasa berseorangan, jadi fungsi ini tidak terlalu memainkan peranan. Secara teori, ia sepatutnya menjadi ciri yang penting ketika suasana di sekeliling riuh-rendah.

  • Virtual - Tiada perbezaan


Kesimpulan


Disebabkan soundbar ini digunakan dengan TV Samsung sendiri, ia tersambung dengan mudah. Kami sambungkan kedua-dua eARC HDMI dan Wi-Fi namun saya lebih gemar melalui Wi-Fi.



Dari segi pengalaman audio, ia sememangnya sangat memuaskan hati. Dentuman dan dengungnya seperti babak dalam Top Gun: Maverick menggegarkan studio dan kami terasa getarannya.

Seperti ditulis di atas, mod Adapative ialah mod kegemaran saya manakala Surround pula beri kelebihan terutama jika digunakan semasa tuntun filem.



Yang menjadikan soundbar paling bagus pernah kami ulas adalah kerana arah talaan audio yang keliling yang menyebabkan bunyi terdengar semacam duduk sedang berada dalam panggung.

Beli



{suggest}