Mahu Lanjutkan Tempoh Sah Nombor Hingga 365 Hari? Ini Harganya

Tidak semua penyedia perkhidmatan menyediakan pas tambahan untuk lanjutkan tempoh sah kredit/nombor telefon sehingga 365 hari.

Antara faedah tempoh sah kredit sepanjang ini ialah anda tidak perlu risau nombor anda mati secara tidak sedar. Kredit yang ada di dalamnya juga boleh digunakan bila-bila masa.

Tempoh sah kredit selama 365 sesuai untuk nombor telefon/peranti kedua atau sandaran (backup) yang anda tidak selalu gunakan, tetapi perlu ada jika kecemasan.

Celcom


celcom super long life 365 hari

Super Long Life di aplikasi Celcom Life berharga RM108 untuk 365 hari. Hingga 12 Jun, RM108 berharga RM54.

Maklumat lanjut ada di laman web Celcom.

Digi


digi super long life 365

Super Long Life

  • Digi Prepaid NEXT dan  Raja Kombo - RM1 untuk 1 sehari, RM108 untuk 365 hari

  • Digi Prepaid LiVE - RM1 untuk 1 sehari


Hingga 12 Jun, RM108 berharga RM54.

  • MyDigi > Reload > Validity

  • *128# > My Account > Talktime Services > Super Long Life


Namun, kredit ada perlu ada sekurangnya RM108 atau RM54 terlebih dulu untuk dipaparkan pilihan 365 hari. Jika tidak, hanya pilihan 1 hari tersedia.

Sila ke laman web Digi untuk maklumat terperinci.

Hotlink


Ada dua jenis pas disediakan.

hotlink 365

Satunya, RM30 untuk tempoh sah nombor tersebut selama 365 hari. Tiada kuota internet dan sebagainya dimasukkan.

Kedua, pas internet berkuota yang aktif untuk 365 hari. Ia bermula dari 1GB untuk RM2 sehinggalah 40GB untuk RM45. Harga untuk jenis pas ini seperti dalam gambar di bawah.

hotlink 365 hari

Maklumat lanjut ada di laman web Hotlink.

TuneTalk


Tempoh sah 365 hari saja yang berharga (RM35)

  • Pek Jimat

  • Hi-Value

  • Cun Value

  • Value Prepaid


tunetalk 365 hari

Tempoh sah 365 hari + 10GB (RM100)

  • Hi-Value

  • Cun Value

  • Value Prepaid


OneXOX




Kad SIM prabayar yang baru dibeli hadir dengan tempoh sah selama 36 bulan.

Laman web OneXOX boleh diakses di SINI.

Yoodo


Yoodo tidak sediakan lanjutan sehingga 365 hari, hanya sehingga 180 hari. Tapi sebenarnya ia hanya seperti pelan bulanan yang diperbaharui secara automatik untuk 3 bulan.

yoodo 180 hari

Kenapa saya katakan begitu? Hal ini kerana menurut Yoodo, pelan asas yang anda tetapkan kuota GB, minit dan SMS akan reset setiap bulan.

Selain itu, pilihan untuk tambah lanjutan tempoh sah pelan sama ada hingga 90 hari atau 180 hari namun terhad untuk pelan High-Speed, dengan minimum RM30.

{suggest}

Misalnya, anda sudah pilih pelan High-Speed (20GB+200 minit dengan jumlah RM30) jumlah anda harus bayar untuk 180 hari ialah RM85.50 (selepas diskaun).

Malangnya, kalau anda kehabisan data sebelum cukup 30 hari, anda harus beli booster. Anda juga tidak boleh tukar pelan tersebut. Seandainya anda tukar pelan, maka pelan 180 hari tadi akan terus terbatal dan wang anda tidak akan dikembalikan.

Pening? Terus layari laman web Yoodo untuk butiran lanjut.

U Mobile, Unifi, Yes


Tiga telco ini tidak menyediakan pas lanjutan tempoh sah 365 hari, setakat pencarian kami.