(Ulasan) Lenovo Legion 5 - Harga Dan Prestasi Sama-Sama Seiring

Lenovo Legion 5 (15IAH7H) adalah salah satu daripada 4 model baharu siri Legion yang dilancarkan Lenovo beberapa bulan lepas. Selain menawarkan binaan fizikal yang berkualiti, spesifikasi yang diberikan turut berprestasi tinggi seperti di bawah:

  • Intel Core i7-12700H

  • Memori RAM DDR5 16GB pada kelajuan 4800Mhz

  • Storan NVMe PCIe SSD bersaiz 512GB

  • Kad Grafik Nvidia GeForce RTX3060 6GB GDDR6

  • Skrin berukuran 15.6" WQHD(2560x1440) IPS 165Hz 300nits

  • Sistem Operasi Windows 11

  • Waranti selama 2 tahun


Selama lebih seminggu menggunakan komputer riba Lenovo ini, saya perasan 3 perkara di mana peranti sangat berprestasi dan cemerlang.



Lenovo Legion 5 ini mempunyai prestasi yang memberangsangkan, pembesar suara yang padu, dan rekaan premium. Jom saya kongsikan kepada pembaca akan ulasan peranti baharu Lenovo ini.

Prestasi


(Padat dengan prestasi, tiada sebarang masalah)

Melalui cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-12 padanya, sebarang tugasan dapat saya lakukan tanpa sebarang masalah. Hal ini termasuklah dalam urusan profesional, bermain permainan video mahupun menonton video atau filem.



Siri Legion memang dikenali sebagai sebuah peranti yang memfokuskan gaming. Oleh itu, ulasan ini takkan lengkap tanpa pengujian akan kemampuan dan prestasi peranti ini dalam gaming.



Dalam bermain games, saya tidak mempunyai sebarang masalah ketika mengendalikan peranti ini. Permainan seperti Valorant mahupun Apex Legends dapat dimainkan dengan pengalaman permainan yang lancar, cekap dan stress free melainkan pembaca mempunyai kemahiran yang masih BBNU lagi.

Jika pembaca menyukai campaign games seperti RDR2, Horizon: Zero Dawn dan sebagainya, komputer riba ini boleh dikatakan mampu mengendalikan sebarang judul permainan AAA di pasaran.

Hal ini demikian kerana ia menggunakan Nvidia GeForce RTX 3060 bersama storan NVMe PCIe SSD. Oleh itu, saya dapat merasai pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan cekap sama ada untuk gaming atau pun sebaliknya.

Pembesar Suara


(Kualiti Audio Setanding 'External Speaker')

Lenovo Legion 5 ini dilengkapi 2 pembesar suara stereo dengan sokongan ciri High Definition (HD) Audio.

Saya telah mencuba komputer riba ini dalam perkara seperti menonton video di YouTube dan filem. Setakat pendapat saya sendiri, 2 perkataan yang saya boleh katakan adalah cemerlang dan lantang.

{suggest}

Jika pembaca suka mendengar lagu-lagu dan menonton video di internet seperti YouTube salah satunya, peranti ini memberikan pengalaman terbaik yang boleh ditawarkan sesebuah komputer riba.

Audio yang diberikan cukup lantang, tidak pecah dan boleh saya anggap menyeluruh. Selain itu, tetapan volume hanya pada 40% - 50% juga sudah cukup kuat dan memuaskan penggunanya.

Kualiti audio yang dirasai lebih bagus, sedap dan hebat lagi apabila saya menonton filem atau drama bersiri. Menariknya, saya terkejut kerana peranti Legion 5 ini masih boleh ditingkatkan lagi audionya walaupun kualiti yang diberikan sudah lebih daripada cukup.

Binaan Fizikal


(Kukuh Dan 'Solid', Setanding Dengan Namanya Sebagai Peranti 'Gaming')

Lenovo Legion 5 ini dibina menggunakan bahan aluminium sama seperti kebanyakan peranti-peranti lain yang ada di pasaran sekarang. Selain itu, ia hadir dalam berat 2.4kg  yang kompetitif.

Saya menyukai tekstur matte permukaan peranti ini kerana ia memberikan rasa yang premium dan berkualiti. Sesuai dengan apa yang akan anda bayar.

Perkara utama dalam peranti ini adalah kualiti binaannya. Salah satu cara dalam melihat kualiti binaan sesebuah komputer riba adalah melalui papan kekuncinya.



Sesebuah komputer riba dengan binaan yang lemah akan terbenam sedikit struktur papan kekuncinya apabila daya dikenakan ke atasnya.

Tetapi situasi tersebut tidak berlaku jika perkara sama dilakukan kepada peranti ini. Hal yang satu ini lebih daripada cukup untuk menjelaskan kekukuhan dan ketahanan dalam kualiti binaan peranti ini.

Kesimpulannya


(Sebuah Komputer Riba 'Gaming' Yang Sangat Kompetitif Dalam Kelasnya)

Lenovo Legion 5 (15IAH7H) adalah sebuah komputer riba gaming yang premium melalui tanda harga permulaan pada RM6,699 dan RM7,299 untuk variasi i5 dan i7.

Walau bagaimanapun, peranti ini boleh saya katakan antara yang terbaik melalui spesifikasi yang diberikan. Ditambah pula sokongan unit pemprosesan grafik RTX 3060.

Pengalaman permainan pengguna akan lebih lancar daripada biasa. Terbina dalam faktor binaan mudah alih, pengguna sekarang tidak perlu risau untuk menikmati permainan video kegemaran anda.

Legion 5 memastikan apa-apa jua jenis permainan video pengguna dapat dimainkan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa.

Jika pembaca seorang gamer yang jitu dan tegar, dan mempunyai keperluan untuk bermain games anda di setiap tempat anda berada, peranti ini adalah antara yang terbaik.

Memang benar dan saya faham jika ada diantara pembaca yang merasakan harga jualannya cukup premium, tiada penafian dalam perkara tersebut.



Tetapi pembaca boleh menganggapkan peranti ini adalah satu pelaburan yang terbaik. Hal ini demikian kerana anda berpeluang untuk mendapat sekali aksesori seperti fon kepala, tetikus dan pad tetikus gaming dalam setiap pembelian Lenovo Legion 5 ini di stor yang terpilih.



Akhir sekali, anda digalakkan dan boleh merasai pengalaman menggunakan peranti mudah alih berkuasa daripada Lenovo ini sekiranya ia berada dalam lingkungan bajet anda.

Setiap pembelian yang bijak adalah yang mampu memberikan kita kepuasan dan dalam kemampuan diri kita.

Pembaca boleh membeli melalui pautan ini - https://shope.ee/5fEOL1oMeP

Berkaitan