Ramai antara kita telah menjadi saksi kemunculan telefon lipat sebelum zaman Android. Modelseperti Motorola Razr antara yang terkenal waktu itu. Tetapi jenama lain seperti Nokia, Sony Ericsson juga tidak ketinggalan.
Peranti boleh lipat hari ini lebih maju kerana ia hadir dengan paparan penuh di mana skrinnya juga dilipat sama. Teknologi ini sememangnya belum matang sepenuhnya tetapi Samsung mendominasi pasarannya dengan Z Flip dan Z Fold.
Berikut antara perbezaan Z Flip3 tahun lalu dan Z Flip4 yang dilancarkan bulan lepas.
{snap}
Cip pemprosesan

Ini sudah pasti perkara biasa. Takkanlah Samsung tak tukar cip digunakan pada model tumpuan mereka, ye dok?
Tapi memandangkan ia perubahan generasi saja, maka saya tidak fikir pengguna akan merasai perubahan yang ketara. Kedua-dua Snapdragon 888 dan 8 Gen 1+ sememangnya berkuasa.
Bukan hanya dalam siri Z Flip saja, tapi kalau ia dibandingkan dengan kelas andalan lain seperti siri Galaxy S22 juga tidak ada perubahan ketara.
Z Flip3 menggunakan cip Snapdragon 888 manakala Snapdragon 8 Gen 1+.
Beli Galaxy Z Flip4 di Shopee
Beli Galaxy Z Flip4 di Lazada
{snap}
Kamera

Atas kertas, kesemua lensa pada Z Flip3 dan Flip4 nampak seperti tidak ada perbezaan. Dua kamera di belakang ialah 12MP (utama dan sudut lebar) dan swafoto pula hanya 10MP.
Tetapi, Samsung mengatakan kamera pada Flip4 menghasilkan gambar 65% lebih cerah berbanding Flip3.
Ini kerana model terkini menggunakan sensor yang lebih besar, bergerak daripada 1.4µm ke 1.8µm pixel.
Mod malam dikenali sebagai Super Night Solution juga dikatakan datang dengan beberapa penambahbaikan dari segi perisian.
Beli Galaxy Z Flip4 di Shopee
Beli Galaxy Z Flip4 di Lazada
{snap}
Bateri

Model baharu ini tampil dengan sedikit peningkatan dari segi kapasiti bateri iaitu daripada 3300mAh pada Z Flip3 ke 3700mAh.
Sudah tentu, kapasiti ini agak kecil untuk sebuah telefon kelas andalan yang dilancarkan dalam 2022. Namun, kita harus faham ia dibatasi keadaan fizikalnya di mana badannya dilipat dua.
Dari pengalaman saya menggunakannya, prestasi baterinya agak barai dengan SOT sekitar 5 jam. Hanya selepas kemas kini September, saya rasakan peningkatan ke 8 jam SOT.
Tidak pasti apakah kebetulan atau memang ada perubahan sistem dibawakan dalam update tersebut.
Selain itu, Z Flip4 juga mempunyai ciri baharu iaitu Intelligent Dual Battery yang akan membantu jimatkan bateri kata Samsung kerana akan menyelaraskan kuasa bergantung pada penggunaan anda.
Beli Galaxy Z Flip4 di Shopee
Beli Galaxy Z Flip4 di Lazada
{snap}
Pengecasan

Bukan hanya bateri yang lebih besar, tapi kelajuan pengecasan juga dipertingkat. Z Flip3 hanya menyokong kelajuan maksimum 15W tetapi Flip4 kini mampu menerima kelajuan pengecasan sehingga 25W.
Tapi untuk pengecasan berwayar dan berwayar berbalik, ia masih terhad 15W dan 4.5W masing-masing.
Kadar pengecasan pada Z Flip4 14% lebih pantas dan dapat memenuhkan 50% bateri dalam 30 minit, menurut Samsung.
Diingatkan, anda tidak mendapat pengecas di dalam kotak.
Beli Galaxy Z Flip4 di Shopee
Beli Galaxy Z Flip4 di Lazada
{snap}
Cover Screen

Cover screen ialah skrin kedua yang berada di belakang atau luar peranti. Berada sebelah 2 lensa kamera belakang, ditempatkan bersama jalur kaca.
Cover screen ini hadir dengan ciri paparan kekal (always-on-display), jadi anda boleh lihat jam dan tanda notifikasi tanpa perlu membuka telefon.
Selain itu, apabila ditatal, ia juga memaparkan notifikasi, pemain media, penggera, kalendar, cuaca, kenalan.
Dibandingkan antara Z Flip3 dan Flip4, sedikit peningkatan adalah daripada 300 x 112 pixel ke 512 x 260. Ini bermakna paparannya kini lebih tajam.
Skrin kedua pada Z Flip4 ini juga menggunakan Gorilla Glass Victus Plus berbanding Gorilla Glass Victus pada Flip3.
Beli Galaxy Z Flip4 di Shopee
Beli Galaxy Z Flip4 di Lazada
{snap}
Engsel

Jika dibanding dua telefon ini sebelah sebelah dan dilihat dari sisi, boleh nampak engsel pada Z Flip4 adalah lebih nipis daripada Flip3.
Dari segi penggunaan harian, bukaan dan tutup pada Z Flip4 terasa lebih ketat dan sekata. Dari awal dibuka hingga ditutup, sama saja ketegangannya.

Hal ini kerana Z Flip3 terasa ketat hanya semasa awal ia cuba dibuka dan ketika dua-dua skrin hampir satu sama lain. Jadi, kelonggaran atau keketatan itu tidak sekata.
Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang pengalaman saya menggunakan Z Flip4, baca artikel INI.
Beli Galaxy Z Flip4 di Shopee
Beli Galaxy Z Flip4 di Lazada
Berkaitan
- Traveloka Raya Sana-Sini Tawar Tempahan Penerbangan Pergi Balik Dengan Syarikat Berbeza
- OPPO Akan Lancarkan Dua Peranti Saingi Galaxy Fold Dan Flip
- Sekuel Joker Dikhabarkan Jadi Filem Muzikal, Lady Gaga Sebagai Harley Quinn
- Manusia Pertama Yang Terima Jantung Khinzir Disahkan Meninggal Dunia
- Amazfit T-Rex 2 Mula Dipasarkan Di Malaysia, Bateri Tahan Sehingga 24 Hari
- Tengku Zafrul Akui Ada Syarikat Luar Negara Mahu Sediakan 5G Di Malaysia, Tapi Syarikat Tempatan Jadi Prioriti
- Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan
- Heyup Tersedia Di Lazada, RedMagic 7 Pro Antara Produk Promosi
- Samsung Bina Kilang Bateri EV Di Seremban Bernilai RM5.8 Bilion
- Samsung Galaxy S21 FE Serendah RM2,899 Tapi Tak Guna Snapdragon