Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ulasan Galaxy Buds Live

Ulasan Samsung Galaxy Buds Live: Fon Telinga Dengan Rekaan Seperti ‘Kacang’

Diterbitkan September 18, 2020 · Dikemas kini Disember 4, 2020 oleh Amalina Athman

Samsung pada Ogos lalu telah memperkenalkan Galaxy Buds Live. Menariknya, ia hadir dengan rekaan yang unik dan diumpamakan seperti rekaan “kacang”. Untuk pasaran tempatan, Samsung Malaysia menawarkan fon telinga ini pada harga RM699.

Bagi penawaran fon telinga pada kali ini, ia hadir dengan penambahan ciri pembatalan hingar aktif.

Apa ada di dalam kotak?

  • 1x unit Galaxy Buds Live
  • 1x unit pod pengecasan
  • 1x unit kabel pengecas USB-C
  • 1x unit Wing Tips
  • Manual Pengguna
  • Kad Waranti

Melihat pada rekaan, boleh dikatakan ianya unik dengan rekaan seperti kacang. Ia ditawarkan dengan 3 pilihan warna yang menarik iaitu Mystic Bronze, Mystic Black, dan Mystic White. Ia mempunyai kemasan glossy dan dari jenis plastik. Pod pengecasan pula bersegi empat tepat dengan lampu indikator pada bahagian dalam dan luar.

Antara yang dimuatkan dalam penawaran fon telinga ini adalah pembesar suara yang lebih besar dari Buds+ dengan saiz 12mm. Ia turut mempunyai ketahanan air IPX2.

live buds

Samsung Galaxy Buds Live mempunyai ketahanan sehingga 8 atau 6 jam penggunaan bagi satu pengecasan penuh dengan pembatalan hingar dan arahan suara Bixby dinyahaktifkan. Bagi penggunaan bersama pod pengecasan, fon telinga ini boleh bertahan sehingga 21 jam penggunaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan Samsung Galaxy Buds Live, boleh lihat video Review di bawah ini:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY