Pada awal Julai ini, OnePlus telah melancarkan telefon generasi ketiga untuk siri Nord nya. Untuk pengetahuan anda, siri Nord adalah barisan telefon midrange yang diperkenalkan OnePlus beberapa tahun yang lepas.
Walau bagaimanapun, generasi pertama OnePlus Nord tidak seperti yang dijangkakan dari segi prestasinya. Sementara itu, OnePlus Nord 2 pula agak menghampakan dari segi peningkatan yang dibawakan syarikat itu.
Namun pembaca sekalian, untuk model Nord 3 pada kali ini, ia sememangnya tidak mengecewakan dan jauh lebih baik daripada pendahulunya.
Mari saya kongsikan kenapa saya berkata sedemikian selepas lebih daripada seminggu menggunakannya.
Rekaan
Peranti yang minimalistik, tetapi masih kekal anggun
OnePlus Nord 3 didatangkan dengan rekaan yang tidak keterlaluan seperti sesetengah telefon. Apabila pertama kali saya memegangnya, saya tahu bahawa ini adalah sebuah peranti yang baik.
Peranti ini mempunyai panel belakang dengan kemasan berkilat yang cantik dan elegan. Tetapi saya kurang minat kerana ia adalah magnet kepada cap jari, memandangkan tangan saya sendiri mudah berpeluh.
Dan saya tidak tahu kenapa OnePlus tidak memberi sekali casing silikon bersama di dalam kotak. Perkara ini agak mengecewakan sedikit buat pengguna yang mempunyai keadaan seperti sama.
Namun, saya tetap tidak menafikan rekaan ringkas pada Nord 3 ini tampak seperti ada satu elemen yang membuatkan ia adalah sebuah peranti yang patut dimiliki.
Peranti ini hanya mempunyai ketebalan modul kamera yang tidaklah terlalu ketara sangat. Dan ia menggunakan rekaan bonggol kamera tanpa binaan modul disekitar sensor kamera itu seperti kebanyakkan telefon yang lain.
Tidak lupa juga, peranti ini ada butang alert slider untuk mengubah status peranti kepada senyap, getaran atau biasa. OnePlus menposisikan butang kuasa di belah kanan dan volume di bahagian kiri.
Secara puratanya, peranti ini mempunyai rekaan ringkas yang menarik tetapi masih kekalkan identiti OnePlus itu sendiri.
Prestasi
OS memang smooth, gaming tanpa masalah
Nord 3 menggunakan OxygenOS 13.1 dan jujur saya cakap, saya memang impressed. OS ini menawarkan pelbagai pilihan dan mempunyai banyak ciri-ciri yang memudahkan.
Anda juga boleh memilih jenis tema dan juga pilihan warna yang bersesuaian dengan kehendak anda. Dan peranti ini akan menyelaraskan pilihan warna tersebut dalam antara muka peranti ini.
TIdak lupa juga melalui peranti ini, anda disediakan pelbagai pilihan grafik dan animasi yang cantik untuk paparan always on display (AOD) anda.
Selain OS, tunjang utama disebalik pengalaman penggunaan yang lancar adalah spesifikasi asasnya
- Dimensity 9000
- Memori RAM 16GB
- Storan 256GB
Dengan spesifikasi yang mantap dalam kelasnya, sebarang penggunaan tidak mendatangkan sebarang isu pun. Malahan, ia dapat dikendalikan dengan baik dan cekap.
Untuk pengetahuan anda, cip Dimensity 9000 adalah antara produk MediaTek dengan kuasa pemprosesan untuk kelas flagship.
Oleh itu, saya dapat bermain mobile games seperti MLBB dan COD Mobile tanpa sebarang masalah atau isu – lagging ke, fps drop mahupun isu-isu lain. Walaupun pada tetapan grafik tertinggi di kedua-dua games ini.
Menariknya lagi, untuk pengetahuan anda, peranti ini adalah antara peranti paling mesra suhu yang pernah saya cuba ketika bermain games.
Dalam ruangan bersuhu bilik, tidak pernah sekalipun saya menghadapi isu thermal throttling atau suhu meningkat terlalu tinggi hingga menjadi panas sangat.
Untuk perkara ini, saya memang memuji kemampuan peranti OnePlus ini dalam mengendalikan tugasan berat seperti gaming pada jangka masa yang lama tanpa mengorbankan suhunya.
Anda boleh melihat menyemak suhu peranti ini ketika bermain games melalui ciri HYPER BOOST nya.
Bateri dan Pengecasan
Pantas, tahan lama dan memudahkan
Peranti ini mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 80W. Dan biarkan saya cakap satu perkara – pengecasannya memang laju…
Saya mengujinya dengan pengecas peranti ini diparas bateri 15% ke bawah. Dan ia hanya mengambil masa purata atau kurang daripada 20 minit untuk ia mencapai ke paras bateri 80%.
Kemampuan teknologi pengecasan peranti OnePlus ini patut ditekankan. Saya berpendapat anda hanya perlu purata masa sekitar setengah jam sahaja untuk mengecas sepenuhnya peranti ini.
Selain pengecasannya yang pantas, peranti ini juga mempunyai ketahanan bateri yang cukup cemerlang dan memberangsangkan.
Dalam bermain permainan video, saya dapat purata masa penggunaan hampir 6 jam lamanya dalam penggunaan yang berterusan.
Dan jujurnya, ini adalah salah satu peranti terbaik untuk anda yang sibuk dalam tugasan dan penggunaan seharian dari pagi hinggalah petang mahupun malam.
Tidak dinafikan peranti ini sudah tentu dapat mengendalikan tugasan seharian anda dengan ketahanan baterinya.
Dwi-Pembesar Suara Stereo
Imersif ketika bermain games, lantang ketika mendengar muzik
Untuk pengetahuan anda, sistem pembesar suara peranti ini juga adalah salah satu faktor utama yang ada pada Nord 3 ini. Ia dilengkapi dengan 2 pembesar suara stereo yang memang hebat.
Prestasi pembesar suaranya lebih terasa dan ketara ketika saya bermain mobile games. Kesan audio daripada MLBB atau COD Mobile sungguh terasa dan saya merasakan pembesar suaranya seperti menambah bass ke dalamnya.
Oleh itu, setiap kali anda berada dalam perlawanan, pengalaman yang anda rasa adalah lebih baik, lebih mengujakan dan imersif.
Tetapi saya perasan satu perkara, prestasi pembesar suara peranti ini ketika mendengar lagu atau menonton video tidak setanding ketika ia digunakan dalam bermain games.
Tidaklah saya mengatakan pembesar suaranya ini tidak berkemampuan dalam tugasan begitu. Prestasinya saya tidak nafikan memang cukup baik dan memuaskan berbanding peranti lain.
Namun agak sayanglah kerana kemampuan peranti ini hanya terserlah dalam penggunaan yang spesifik sahaja – bermain mobile games. Tapi tidak untuk penggunaannya yang utama seperti mendengar muzik dan menonton video.
Kamera
Kamera malam cemerlang, potret seimbang dan ultra-lebar yang lebih baik
Model terbaru dalam siri Nord ini mempunyai tetapan 3 kamera – 50MP, 8MP, 2 MP dan 16MP swafoto. Secara puratanya, saya cukup terkejut dengan prestasi kamera malamnya.
Berdasarkan gambar-gambar di bawah, keadaan langit kelihatan seperti waktu senja padahal ia ditangkap pada waktu hampir tengah malam.
Saya juga terkejut kerana hasil gambar yang diberikan tampak lebih cerah, jelas dan baik berbanding keadaan sebenar langit ketika itu yang sememangnya agak gelap.
Walau bagaimanapun, prestasi mod ultra-lebar peranti ini agak mengecewakan di waktu malam. Hal ini demikian kerana prestasi kamera turun dengan sangat ketara apabila mod kamera biasa ditukar kepada mod ultra-lebar.
Bukan itu sahaja, kualiti gambar juga dalam mod itu juga sangat kurang menarik dan kelihatan banyak hingar. Namun, saya memuji peningkatan mod ultra-lebar peranti pada waktu siangnya.
Kualiti gambar siangnya mempunyai pemilihan warna yang lebih vibrant dan hasil yang lebih baik berbanding pada waktu malam. Tetapi, saya perasan kejelasan dan detail gambarnya kurang baik dan tidak seperti yang saya harapkan.
Untuk pengetahuan anda, peranti midrange OnePlus yang terdahulu mempunyai isu hingar yang agak teruk. Tetapi perkara itu tidaklah terlalu ketara pada hasil kualiti gambar peranti Nord 3 ini.
Selain itu, prestasi kamera swafotonya juga cukup memuaskan pada mata saya. Ia tidaklah menawarkan prestasi kamera swafoto yang terbaik dalam kelasnya.
Yang menariknya adalah mod potret peranti ini, ia memberikan hasil kualiti gambar cukup cantik. Sejujurnya, saya berpendapat bahawa mod potret adalah mod yang terbaik dalam sistem kamera Nord 3 ini.
Secara purata, OnePlus Nord 3 memberikan hasil yang cukup kompetitif dalam kelasnya. Tetapi masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki lagi dalam sistem kameranya.
Konklusinya
Peranti flagship permulaan terbaik
Setelah menggunakan peranti ini lebih seminggu, sejujurnya ini adalah peranti pertama yang membuatkan saya berkeinginan untuk beli peranti ini sebagai daily driver saya sendiri.
Namun, kesabaran saya lebih kuat berbanding keinginan itu. Mana tidaknya, OnePlus Nord 3 mempunyai OS yang cukup baik dan stabil dengan pelbagai pilihan dan ciri menarik.
Selain itu juga, ia cukup berkuasa untuk sebarang tugasan yang anda boleh buat dengan peranti ini. Dan mempunyai skrin AMOLED rata yang memudahkan dengan 120Hz tahu.
Jadi pengalaman penggunaan anda itu lebih baik dan menarik. Tambahan lagi, ketahanan bateri, kelajuan pengecasan dan kelantangan pembesar suaranya adalah antara yang paling baik dalam kelasnya.
Sekiranya 3 faktor tersebut tidak membuatkan anda berkeinginan untuk membeli peranti ini, saya nasihatkan untuk anda membaca semula artikel ulasan ini.
Jika anda mementingkan prestasi kamera, usah risau akan prestasinya kerana kualiti keseluruhan gambar yang dihasilkan memang memuaskan – selagi mana anda tidak menggunakan mod ultra-lebarnya.
Apa? POCO F5 Pro lebih baik?
Untuk pengetahuan anda, OnePlus Nord 3 dijual pada harga RM2,199 dalam satu variasi sahaja – 16GB RAM dan 256GB storan.
Pada tanda harga yang sama, anda boleh membeli POCO F5 Pro untuk variasi 12GB RAM dan 256GB storan. Jadi, saya nak akhiri ulasan ini dengan satu persoalan kepada pembaca sekalian:
Adakah OnePlus Nord 3 ini berbaloi dalam kelasnya? Sudah tentu ia sangat berbaloi.
Beli OnePlus Nord 3 di Shopee – https://invl.io/clj6fl9
Beli OnePlus Nord 3 di Lazada – https://invol.co/clj6flx
{suggest}