Siri Infinix Note 30 baharu sahaja dilancarkan lebih daripada sebulan yang lepas. Dan siri ini menawarkan spesifikasi yang memberangsangkan pada harga bawah RM1,000 yang mampu milik.
Bagi pendapat saya, siri Note 30 Pro ini cukup memberangsangkan dengan penawaran mereka hinggakan ia ada potensi untuk jadi ‘the best’ untuk bajet bawah RM1,000.
@wisermy Ini dia fon bawah RM1000 yang serba lengkap, fuhhh ?? #wisermy #techtok #tiktokguru #f #infinixnote30pro #malaysia
Setelah menggunakan kedua-dua peranti ini, saya ingin berkongsikan kepada anda akan ulasan dan perbezaan untuk setiap model dalam siri Note 30 ini.
Rekaan
Secara asasnya, kedua-dua model Note 30 dan 30 Pro mempunyai rekaan yang sangat mirip, saiz yang sedikit berbeza tetapi skrin yang sama.
Panel belakang kedua-dua peranti ini mempunyai kemasan matte dan saiz Note 30 kelihatan sedikit besar jika bandingkan dengan Note 30 Pro.
Tetapi, apa yang mengejutkan saya adalah kualiti binaan siri ini cukup memberangsangkan. Anda pasti tidak sangka bahawa siri Note 30 ini adalah bawah RM1,000 apabila memegangnya.
Kedua-dua peranti ini terasa sangat solid, kukuh dan padu apabila digunakan. Dan bentuknya juga membuatkan ia lebih cengkam ketika berada dalam genggaman anda.
Perkara ini saya memang memuji Infinix kerana berjaya membawakan sebuah siri dengan binaan yang kukuh tetapi pada harga mesra dompet.
Bateri Dan Pengecasan
Salah satu sebab kenapa siri Note 30 ini mendapat sambutan hangat adalah ciri-ciri yang dibawakan Infinix itu sendiri. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri juga terkejut dengan apa ciri-ciri yang diperkenalkan.
Pertama sekali, kedua-dua peranti ini mempunyai sokongan NFC dan juga bypass charging – sebuah ciri yang hanya boleh kita lihat pada telefon gaming kelas atasan sahaja.
Malahan tidak semua peranti flagship sekarang ini mempunyai sokongan kepada ciri tersebut.
Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang sama, Note 30 Pro mempunyai sokongan pengecasan pantas 68W, pengecasan wayarles dan pengecasan berbalik.
Dalam penggunaan, Note 30 Pro hanya memerlukan masa pengecasan sekitar setengah jam ke 40 minit untuk mendapat paras bateri ke 80%. Biarpun mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh yang besar.
Tetapi saya agak terkilan kerana Infinix memberikan sekali peranti pengecas wayarles mereka untuk pasaran global tetapi tidak untuk pasaran tempatan.
Namun, saya tetap faham kerana ia berkemungkinan besar disebabkan faktor perbezaan kos untuk pasaran kita ini.
Sementara itu, Note 30 dipadankan dengan pengecasan pantas 45W, di mana bagi saya adalah sebuah padanan yang boleh saya terima untuk bateri 5,000mAh nya.
Walaupun tidak sepantas Note 30 Pro, tetapi ia memadai untuk harga jualannya. Infinix Note 30 mengambil masa sekitar 1 jam jika anda mengecasnya daripada paras sekitar 10% hingga ke 100%.
Dari segi penggunaan, sejujurnya kedua-dua peranti memberikan purata masa penggunaan yang hampir sama. Hal ini demikian kerana faktor kapasiti bateri, jenis dan saiz skrin yang hampir serupa.
Bagaimana pula dengan waktu penggunaannya?
Dengan saiz kapasiti bateri 5,000mAh, penggunaan satu hari itu adalah pasti jika anda menggunakannya dalam tugasan harian.
Apabila anda pulang balik daripada kerja atau kelas di waktu petang atau senja, anda boleh menjangkakan kapasiti bateri sekitar 30% ke bawah.
Menariknya lagi, prestasi bateri kedua-dua Note 30 dan 30 Pro juga memberangsangkan jika anda seorang gamer. Hal ini demikian kerana anda pasti akan suka dengan ketahanan baterinya.
Secara purata kedua-dua peranti siri Note 30 ini boleh memberikan anda waktu permainan sekitar 5 jam ke atas dalam penggunaan berterusan sebelum anda perlu mengecasnya semula.
Namun, jangan risau kerana anda boleh bermain sambil dicas kerana kedua-dua peranti ini mempunyai sokongan ciri bypass charging.
Prestasi
Kedua-dua Note 30 dan 30 Pro dikuasakan cip MediaTek Helio G99 yang sangat kompetitif dalam kelasnya. Saya tahu ada diantara pembaca yang ragu-ragu dengan cip ini, tetapi MediaTek sekarang mempunyai peningkatan kualiti yang lebih baik berbanding terdahulu.
Antara yang menarik, peranti ini bagi saya mempunyai kepanasan yang minimal walaupun anda bermain permainan mudah alih dalam jangka waktu yang panjang.
Mobile games yang saya maksudkan adalah seperti e-sukan – Mobile Legends, COD Mobile dan lain-lain.
Saya memang boleh jangkakan perkara ini kerana G99 tidak mempunyai masalah isu thermal throttling atau cepat panas seperti abangnya, G96.
Jadi, untuk prestasi, memang tidak menjadi masalah kepada pembaca di luar sana. Walau macam mana pun, saya ingin menyebut bahawa peranti ini kurang sesuai sekiranya anda ingin menggunakannya untuk mobile games AAA seperti Genshin Impact pada tetapan yang tinggi.
Sistem operasi XOS yang digunakan Note 30 dan 30 Pro ini masih baharu dan saya agak kurang minat dengan OS nya. Hal ini disebabkan ia terasa agak perlahan sidikitlah dan kurang responsif apabila kita menggunakannya.
Saya berpendapat isu ini bukanlah disebabkan hardware peranti tetapi adalah faktor perisisan itu sendiri. Namun, perkara yang paling best, ia boleh diselesaikan.
Mungkin Infinix boleh mempertingkatkan kelancaran dan pengalaman pengguna dalam sistem operasi XOS mereka dalam kemas kini perisian akan datang.
Pembesar Suara
Infinix Note 30 & Note 30 Pro menyokong pembesar suara stereo yang agak menarik terutamanya dalam kelas entry midrange ini.
Agak susah sebenarnya untuk kita mencari peranti bawah RM1,000 yang menyokong ciri tersebut terutamanya pada masa ini.
Tambahan lagi, kedua-dua pembesar suara peranti ini telah ditala oleh jenama JBL itu sendiri.
Prestasi pembesar suara kedua-dua peranti ini tidak jauh bezanya dan sangat mirip. Kualiti pembesar suaranya terserlah apabila anda mendengar muzik, terutamanya yang mempunyai bass yang kuat.
Anda sendiri boleh merasakan getarannya itu hingga pada panel belakang peranti ini ketika ia memainkan lagu seperti itu. Untuk hiburan seperti menonton drama bersiri atau filem juga, saya tiada sebarang isu dengan peranti-peranti ini.
Walaupun begitu, saya ingin ingatkan bahawa pembesar suara siri Note 30 ini memang mengagumkan bagi kelasnya. Namun, ia tidaklah sehebat peranti-peranti dalam kelas pertengahan premium dan ke atas.
Saya ingin mengatakan hal tersebut disebabkan ada beberapa komen daripada segelintir kecil individu di luar sana yang suka membuat pembandingan tidak setara terhadap isu perbandingan ini.
Siri Infinix Note 30 sememangnya saya tidak nafikan, sangat kompetitif dengan spesifikasi dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan Infinix.
Dalam bahasa mudah, pembesar suara siri ini adalah antara yang terbaik bagi harga bawah RM1,000.
Kamera
Infinix Note 30 Pro dilengkapi tetapan 3 kamera, 108MP dan 3 tetapan, 64MP utama untuk model Note 30. Dalam perbandingan, prestasi kamera Note 30 Pro adalah lebih baik berbanding adiknya.
Hasil gambar-gambar utama, potret, malam dan swafoto Note 30 Pro adalah lebih vibrant sedikit dari segi warnanya, kejelasan dan kualiti.
Walaupun tidak sehebat abangnya, namun Infinix Note 30 membawakan hasil kualiti gambar yang tidak kurang hebatnya dan kompetitif untuk kelas harganya.
Bagi pendapat saya, hasil gambar yang diberikan sudah cukup memuaskan hati dengan harga untuk setiap peranti ini. Sudah tentu kita sebagai pengguna yang bijak tidak mengharapkan kualiti gambar setanding flagship harga RM3,000 ke atas berbanding siri Note 30 ini.
Sejujurnya, saya boleh katakan dengan harga jualannya, setiap kamera siri Note 30 ini melakukan tugas yang setimpal dengan ringgit yang anda bayar.
{suggest}
Kesimpulan
Anda ada bajet RM1,000 ke bawah, seorang pelajar universiti atau sudah bekerja dan ingin mencari telefon seterusnya dengan kadar segera?
Sekiranya saya berada di dalam golongan di atas, sudah tentunya saya akan mempertimbangkan siri Note 30 untuk dibeli, terutamanya Infinix Note 30 Pro.
Hal ini demikian kerana atas sebab-sebab yang sangat ringkas dan mudah.
Dengan harga RM899, anda dapat sebuah peranti dengan cip yang kompetitif dan berprestasi dalam kelasnya, kapasiti bateri yang besar dan pengecasan yang pantas.
Tidak lupa juga Note 30 Pro menyokong ciri pengecasan wayarles, pengecasan berbalik dan teknologi bypass charging.
Tambahan lagi, ia mempunyai skrin AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz, sistem kamera 108MP dan pembesar suara stereo yang hebat dalam kelasnya.
Namun sekiranya anda mempunyai bajet yang ketat, Infinix Note 30 juga adalah sebuah peranti yang baik. Walaupun ada perbezaan dengan versi Pro, namun ia adalah perbezaan yang tidak terlalu ketara untuk anda.
Selagi ia mempunyai cip yang baik, saiz bateri yang cukup, kamera yang tidak kurang hebatnya, pembesar suara yang lantang dan skrin 120Hz, itu sudah cukup memadai dengan harga Infinix Note 30 pada RM699.
Jadi, for your consideration: Infinix Note 30 Series
Beli Infinix Note 30 Series di Shopee – https://invl.io/clj50oc
Beli Infinix Note 30 Series di Lazada – https://invol.co/clj50om