Mana Patut Anda Pilih? Ini Perbandingan POCO F5 Dan F5 Pro

Siri POCO F5 adalah barisan peranti baharu yang dilancarkan pada 9 Mei lepas dengan 2 model diperkenalkan - F5 yang standard dan F5 Pro yang berkuasa.



Untuk pengetahuan anda, siri ini boleh kita anggap sebagai telefon pintar paling berbaloi untuk dimiliki dari segi harga dan spesifikasi yang ditawarkan.



POCO F5 dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2 yang setanding dengan prestasi Snapdragon 8 Gen 1. Sementara itu, F5 Pro pula dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - sebuah cip flagship pada tahun lepas.

Oleh itu, mari kita lihat perbandingan ringkas antara kedua-dua peranti ini dan yang manakah paling sesuai untuk anda miliki.

Kelebihan (Peranti Yang Berkuasa Dalam Kelas Harganya)


Siri F dalam barisan telefon pintar POCO adalah model peranti paling berkuasa yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Oleh itu, anda boleh jangkakan prestasi yang lebih hebat diberikan oleh peranti ini dalam penggunaan seharian anda.



 

POCO F5 Pro yang menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 memberikan satu kuasa pemprosesan yang kompetitif dalam kelas harganya.

Berdasarkan penggunaan saya dalam memainkan mobile games arus perdana seperti Mobile Legends dan COD Mobile, tiada sebarang masalah dihadapi oleh saya.



Pengalaman permainan dalam tetapan grafik tertinggi pada COD Mobile sekali pun, saya dapat bermain tanpa sebarang lag atau grafik stuttering walaupun pada tetapan grafik tertinggi.



Untuk Mobile Legends pula, pengalaman yang saya dapat adalah lebih baik kerana game ini telah lama hadir dalam industri mudah alih. Oleh itu, prestasi dan keseimbangannya telah dioptimumkan untuk kebanyakan peranti yang ada.



Dalam MLBB, anda boleh bermain tanpa sebarang kerisauan seperti lag ke, fps drop atau pun masalah panas melampau.

Selain itu, peranti ini menyokong ketersambungan 5G, jadi tiada isu seperti lag akan berlaku ketika anda bermain mobile game ini melainkan kawasan anda itu tidak mempunyai liputan yang baik.

Sementara itu, POCO F5 pula tidak kurang hebatnya, dengan cip pemprosesan Snapdragon 7+ Gen 2. Cip paling berkuasa dalam siri Snapdragon 700 ini mempunyai kuasa pemprosesan yang setara dengan Snapdragon 8 Gen 1.

Kapsyen: Snapdragon 7+ Gen 2 vs Snapdragon 8 Gen 1


Tetapi yang menariknya pasal cip ini, ia tidak mempunyai masalah atau isu panas yang melampau seperti yang dialami oleh Snapdragon 8 Gen 1 sebelum ini.

Dengan kuasa setara cip flagship pada tahun lepas, saya sendiri dapat memainkan mana-mana permainan mudah alih yang ada.



Sama seperti abangnya F5 Pro yang berkuasa itu, POCO F5 mampu memproseskan keperluan grafik yang tinggi pada MLBB atau COD Mobile.



Walaupun saya hanya mencuba kedua-dua peranti siri F5 ini dalam MLBB dan COD Mobile sahaja, pengalaman yang saya sendiri alami ini lebih daripada cukup untuk menggambarkan kemampuan peranti baharu daripada POCO ini dalam mobile gaming.

Selain prestasi gaming yang kompetitif, POCO memberikan setiap model siri POCO F5 ini antara muka MIUI 14 secara terus dari dalam kotak. Ini adalah satu kelebihan yang anda akan dapat apabila membeli siri ini.

Hal ini disebabkan masih banyak lagi peranti POCO yang lain masih belum menerima lagi kemas kini MIUI 14 untuk mereka.

Seterusnya, saya ingin menyebut ketahanan bateri kedua-dua peranti ini. Model F5 Pro disokongkan kapasiti bateri paling besar sekali dalam kelasnya - 5,160mAh.

Sementara itu, POCO F5 standard pula mempunyai kapasiti bateri yang tidak kurang hebatnya - 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W untuk kedua-duanya.

Untuk kedua-dua peranti, ia sangat sesuai untuk kegunaan seharian dek kerana baterinya yang besar. Anda boleh menjangkakan penggunaan dari pagi bekerja hingga pulang petang dengan baki kapasiti bateri sekitar 20% begitu.

Sementara itu, jika saya menggunakan kedua-dua telefon ini untuk bermain game secara berterusan, anda boleh mendapatkan masa penggunaan sekitar 4 jam ke atas untuk siri POCO F5 ini.

Walau bagaimanapun, purata masa penggunaan itu boleh berubah mengikut jenis mobile game yang anda mainkan.



Melalui pengecasan 67W nya, masa pengecasan untuk kedua-dua siri POCO F5 ini agak laju walaupun tidak setanding 120W pada Xiaomi 13 Pro.



Untuk pengecasanya, kedua-dua peranti siri POCO F5 ini mempunyai kelajuan pengecasan yang tidak jauh bezanya. Sekiranya, anda mula mengecas daripada paras 20%, dalam masa 30 minit sahaja kapasiti bateri anda telah mencapai paras sekitar 80% ke atas.

Dan untuk dicas sepenuhnya, setiap peranti ini akan mengambil masa kurang daripada 1 jam sahaja. Bagi pendapat saya sendiri, kemampuan pengecasan pantas kedua-dua model siri F5 ini bukanlah yang terbaik atau paling pantas dalam kelasnya.

Walau bagaimanapun, apa yang ditawarkan POCO ini adalah antara yang terbaik boleh kita dapat untuk siri F5 ini.

Walaupun POCO F5 Pro atau F5 bukanlah sebuah peranti yang memfokuskan prestasi kamera, hasil gambar yang diberikan boleh saya katakan cantik juga untuk kelasnya, tetapi bukanlah terbaik yang anda boleh dapat.



Untuk POCO F5 dan F5 Pro, hasil kualiti gambar utama yang diberikan boleh saya katakan okeylah juga dan cantik juga. Hal ini demikian kerana saya jangkakan hasil gambarnya mungkin agak kurang dan teruk sikit.



Tetapi, ternyata saya salah kerana siri POCO F5 ini memberikan gambar yang tidak mengecewakan. Berdasarkan hasil gambar ini, saya melihat POCO F5 Pro menghasilkan gambar dengan tona warna yang lebih menyerlah dan vibrant berbanding POCO F5.



Tetapi, perbezaan tona warna itu tidaklah terlalu ketara untuk kedua-dua telefon ini.

Walau bagaimanapun, kualiti gambar potret agak kurang sedikit bagi sebuah telefon pada harga siri POCO F5 ini. Untuk pengetahuan anda, hasil gambar potret di bawah ini kalau diikutkan adalah kualiti yang boleh kita dapati pada telefon yang harganya sekitar RM1,500 ke bawah.








Kekurangan (Penggunaan Jangka Masa Panjang)


Setiap pengguna POCO di luar sana mesti peka dan jelas akan isu yang selalu dihadapi oleh sebahagian besar peranti jenama ini - isu pepijat, panas, bateri cepat habis dan lain-lain.

Kami di Wiser.MY sememangnya tahu akan masalah yang acap kali dan mudah berlaku dalam peranti POCO. Dalam konteks ini, walaupun siri POCO F5 menawarkan spesifikasi dan prestasi yang tidak boleh dinafikan, tetapi isu-isu yang saya nyatakan di atas itu menjadi batu penghalang kepada peranti ini.



Sejujurnya, saya agak susah dan berat hati jika ingin mempertimbangkan siri POCO F5 sekiranya masalah yang selalu dihadapi oleh peranti POCO terdahulu itu seperti "pisang berbuah dua kali".

Selalunya, isu dan masalah seperti cepat panas, bug dalam penggunaan, bateri cepat habis dan lain-lain akan berlaku selepas pengguna memuat turun dan memasang kemas kini yang terbaru daripada POCO untuk peranti yang dimiliki mereka.

Saya tidaklah menuduh bahawa POCO F5 ini mungkin akan menghadapi isu-isu tersebut selepas beberapa tahun digunakan, namun kerisauan itu ada dek kerana banyak peranti-peranti POCO terdahulu cenderung untuk mempunyai masalah itu.

Oleh itu, sekiranya POCO mampu atau akan selesaikan masalah sistem perisian mereka ini, saya berani jamin bahawa pasti akan ramai pengguna telefon pintar midrange akan beralih kepada jenama POCO.

Kesimpulan (Kedua-dua telefon ini sama-sama hebat untuk harganya)


Secara asasnya, kedua-dua model siri POCO F5 ini mempunyai banyak ciri yang sama - NFC, IR Blaster, Bluetooth 5.3, penarafan IP53, rangkaian 5G dan skrin AMOLED 6.67" beresolusi HDR10+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan Dolby Vision.



Saya sangat syorkan anda untuk mempertimbangkan POCO F5 Pro kerana ia adalah peranti paling murah yang dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang anda boleh beli.

Walau bagaimanapun, POCO F5 juga adalah satu pilihan yang tidak kurang hebatnya untuk anda yang mempunyai bajet yang agak ketat.



Hal ini demikian kerana Snapdragon 7+ Gen 2 menawarkan prestasi yang sangat tinggi dan kompetitif bagi kelasnya berbanding peranti yang lain.

Dengan kuasa pemprosesan setanding cip Snapdragon 8 Gen 1 tetapi tanpa masalah cepat panasnya, sukar untuk anda menahan diri daripada memilih peranti ini.

https://www.tiktok.com/@wisermy/video/7234481077497253121?lang=en

Selain jenis cip yang digunakan, rekaan modul kamera dan pengecasan wayarles pada F5 Pro, tiada sebarang perbezaan ketara antara kedua-dua peranti ini.

Jadi, saya harap ulasan ini membantu anda dalam membuat pilihan.

For Your Consideration - POCO F5 Series.

POCO F5

Beli di Shopee - https://invl.io/clieyfs

POCO F5 Pro

Beli di Lazada - https://invol.co/clieyiw

{suggest}