(Ulasan) HONOR Magic Vs - Prestasi Yang Baik Tapi Belum Cukup Sifat Sebagai Sebuah "Foldable"

HONOR Magic Vs ialah peranti lipat terbaru daripada HONOR dan sudah dilancarkan di Malaysia bersama-sama Magic5 Pro pada 7 April 2023. Harganya ialah pada RM5,999 dan sudah mula dijual hari ini.

beli honor magic vs

Ia dijana Snapdragon 8+ Gen 1 dengan padanan RAM 12GB bersama ROM 512GB. Tiga kamera di belakang ialah 54MP, 50MP dan 8MP. Spesifikasi lanjut ada di SINI.

Dari segi harga, ia boleh diterima bagi sebuah telefon lipat dan jauh lebih murah daripada Galaxy Z Fold.

Tapi, apakah ia mampu memberikan prestasi yang bagus setanding foldable lain yang ada di pasaran sekarang?

Rekaan


ulasan honor magic vs

Skrin dalamnya bersaiz 7.9 inci manakala skrin luarnya pula 6.45 inci.

Apabila dilipat, terasa agak panjang dan semestinya tebal, seperti telefon lipat lain.

Dari segi tubuh, ia berat dan terasa kukuh binaannya. Panel belakang diperbuat daripada logam, itu antara yang membuatkannya terasa solid dan yakin ketika menggunakannya.

Lipatan


ulasan honor magic vs

Perkara paling jelas, sejak pertama kali ia dikeluarkan dari kotak ialah kesan lipatan pada skrin dalaman. Jika anda tonton video unboxing kami, anda sendiri boleh lihat crisp ini sangat ketara.

Untuk jarak antara skrin pula, ia sangat rapat dan sekata bila dalam mod lipat. Ini menjadi salah satu kelebihan dan kegemaran saya dengan Magic Vs.

ulasan honor magic vs

Dari segi ketegangan ketika membuka dan menutup skrin pula agak ketat tetapi masih boleh diterima. Ketegangan ini secara tidak langsung beri sentimen premium dan menjadi ukuran tahap kebolehpercayaan sesebuah peranti boleh lipat.

Keketannya cukup untuk meyakinkan pengguna bahawa ia boleh digunakan untuk beberapa tahun.

Skrin


ulasan honor magic vs

Ketika menonton Netflix, ada satu isu di mana jika saya tekan butang pelaras kelantangan, kontras pada skrin tiba-tiba berubah menjadi tinggi selagi mana bar volume terpapar.

Tapi dalam keadaan normal, paparannya memuaskan hati seperti yang dijangka untuk OLED.

Akan tetapi, kadar segarnya terhad 90Hz.

Namun, selain isu tersebut, skrin OLED padanya menawarkan paparan yang sama bagus seperti peranti OLED lain. Warnanya terang, gelapnya gelita, kontrasnya cukup.

Kamera


ulasan honor magic vs

Magic Vs dilengkapi 3 kamera di belakang, 2 kamera swafoto memandangkan ia mempunyai skrin luar dan dalam.

Tiga kamera belakang tersebut ialah 54MP utama, 50MP sudut lebar dan 8MP telefoto.

gambar honor magic vs

gambar honor magic vs

gambar honor magic vs

gambar honor magic vs

gambar honor magic vs

Dari segi penghasilan warna, ia sedikit pekat tetapi tidak sampai tahap oversaturated. Namun, warna hijau daun di bawah cahaya matahari lazimnya akan menjadi terlalu terang dan kurang realistik.

honor magic vs malaysia

Dalam beberapa situasi seperti jika gambar di bawah bayang-bayang, warna menjadi terlalu pekat daripada warna sebenar. Nampak cantik dalam telefon, tapi jika anda individu yang sukakan ketepatan warna, pastinya ini bukan perkara yang baik.



Untuk ketajaman dan butiran pula, prestasinya memuaskan.

Kemampuan HDR juga tidak mengecewakan. Langit yang cerah akan dikurangkan kontrasnya hingga menampakkan awan manakala objek lain yang cerah masih kekal sama.

Potret


Hasil gambar daripada potret juga secara kasar agak baik. Potongan antara subjek dan latar kemas, walaupun pada viewfinder nampak seolah-olah potretnya gagal.



Tapi selepas diproses, tidak disangka-sangka potongannya agak teliti seperti pemisahan rambut yang halus dengan latar.

gambar honor magic vs  

Akan tetapi, seperti daun palsu di bawah, ada tompok kabur berwarna putih di hujung daun.

gambar honor magic vs

gambar honor magic vs

Untuk potret swafoto pula, hasilnya juga memuaskan dengan HDR yang berfungsi dengan baik.

gambar honor magic vs

review honor magic vs

ulasan honor magic vs

Zum


Untuk zum pula, pilihan tersedia ialah sudut lebar 0.5, 1.0, 3 dan 10.

review honor magic vs malaysia

Sudut lebar 0.5X masih menampakkan distortion seperti telefon biasa. Dari segi penghasilan warna, kadang-kadang imej ditangkap sedikit gelap daripada mod zum 1X.



Untuk ketajaman pula bagi saya biasa-biasa saja, kerana saya mempunyai jangkaan yang tinggi memandangkan lensa ini ialah 50MP.



Bagi mod zum 3X pula, saya tidak jangka saya akan sukakannya. Objek masih tajam dengan butiran yang memuaskan. Warnanya juga masih kekal sama seperti mod 1X.



Namun lain pula ceritanya untuk zum 10X yang ia sudah hilang butiran. Bagi saya, ia sekadar mencukupkan syarat saja.

 





Ciri sebagai telefon lipat


ulasan honor magic vs

Ketika menonton Netflix pada skrin dalam yang sebeasr 7.9 inci, saya hanya boleh tonton secara horizontal. Bermakna saya tidak boleh tonton Netflix dalam keadaan telefon menegak walaupun skrinnya sudah cukup luas untuk tontonan 16:9.

review honor magic vs malaysia

Ini berbeza dengan telefon lipat lain seperti OPPO Find N2 yang saya bebas gunakan sama ada telefon tegak atau landskap untuk tonton kandungan Netflix dalam skrin penuh.

Dalam tetapan, untuk 'Foldable phones', MagicOS hanya berikan 3 pilihan iaitu mematikan/menghidupkan skrin luar ketika ia dilipat, app scaling dan app extender.

review honor magic vs malaysia

Tiada ciri-ciri khas pun untuk mod lipat atau penggunaan skrin yang istimewa. Maksudnya di sini, Magic Vs seperti sebuah telefon biasa tetapi hadir dengan 2 skrin.

Anda dapat tonton kandungan dengan skrin yang jauh lebih besar, itu saja manfaatnya kerana tiada ciri istimewa yang betul-betul hanya mampu dilaksanakan Magic Vs.

Ini menjadi antara kelemahan terbesar yang agak mengecewakan saya.

Kesimpulan


ulasan honor magic vs

Magic Vs ialah sebuah telefon lipat dengan prestasi penggunaan keseluruhan dan kamera yang baik, binaan yang terasa kukuh, selari dengan harganya yang tidak terlalu mahal seperti Galaxy Z Fold daripada Samsung.

Kamera utamanya dapat menangkap gambar yang memuaskan hati walaupun tidak setanding Magic5 Pro, skrinnya cantik, baterinya tidak mengecewakan bersama pengecasan yang pantas.

review honor magic vs malaysia

Lipatannya seperti jarak antara skrin juga rapat dan sekata, satu perkara yang saya suka.

Namun, kelemahan utama ialah penampakan kesan lipatan yang jelas.

Selain itu, kelemahan utamanya ialah ciri-ciri khas sebagai telefon lipat juga masih terhad dan sedikit. HONOR dilihat seperti tidak memberi tumpuan pada perisian untuk segmen foldable mereka.

Ia pastinya boleh diberikan melalui kemas kini namun buat masa ini, ia masih tidak setanding telefon lipat lain terutamanya Z Fold yang jelas sudah cukup lengkap sebagai telefon lipat.

{suggest}

Ringkasnya, ia sebuah peranti yang baik dan memuaskan keseluruhannya tetapi sebagai telefon lipat, ia belum cukup lengkap.

Beli


Shopee -  https://invl.io/cli2bd2

Lazada - https://invol.co/cli2bdr