Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing phone 2a

(Ulasan) Nothing Phone (2a) – Android Terpaling ‘Smooth’ Tapi Kamera Mengecewakan

Diterbitkan Mei 2, 2024 · Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh ariff bukhari

Pada awal Mac yang lalu, Nothing telah pun melancarkan telefon pintar terbarunya, Nothing Phone (2a).

Jadi, apa yang best dengan Nothing Phone (2a) ini?

Orang kata, “Pure Android“

Sepanjang menggunakan Nothing Phone (2a) ini sehingga kini, penulis boleh katakan, ini adalah telefon pintar terpaling Android.

Sebab, di dalam sistem operasi Nothing OS 2.5 yang berasaskan Android 14 pada peranti ini, tidak disumbatkan dengan aplikasi-aplikasi merapu (bloatware) yang tiada kena mengena dengan keperluan pengguna.

Ia hanya tersedia dipasang dengan sistem operasi bersama dengan aplikasi-aplikasi asas Google semata-mata.

Nothing phone 2a

Jadi, seperti telefon pintar Google Pixel, Nothing Phone (2a) adalah pilihan telefon pintar alternatif yang menawarkan pengalaman Android sebenar.

Tak semak dengan bloatware yang sekali gus menjadikan peranti ini sangat lancar, seronok dinavigasi dan melihat antaramukanya yang ‘clean‘.

Penulis juga suka dengan pilihan bunyi peranti yang ditawarkan serta kustomasi kesan lampu (Glyph Interface) di bahagian belakangnya yang memberikannya keunikan tersendiri.

Nothing phone 2a glyph
Tetapan pilihan bunyi seperti notifikasi dan panggilan telefon sangat ringkas, tak perlu berlagu panjang mendayu-dayu.

Kualiti binaan yang baik

Antara perkara lain yang penulis suka dengan Nothing Phone (2a) ini juga adalah kualiti binaannya yang baik.

Bahasa mudahnya, finishing kemas dan sedap dipegang yang memberikan perasaan bahawa anda seakan memegang telefon pintar premium berharga ribuan Ringgit.

Nothing phone 2a
Penulis juga suka dengan warna putih yang dikenakan pada Nothing Phone (2a) ini. Nampak suci. Tapi ada juga pilihan warna hitam, auto hensem terus.

Prestasi tak mengecewakan

Nothing Phone (2a) adalah kategori telefon pintar Android pertengahan yang dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7200 Pro 5G dengan memori 12GB RAM dan 256GB storan.

Jadi, dari segi prestasi, kuasa yang disampaikan adalah sangat baik.

Tidak berlaku pun isu peranti tergendala, panas ataupun tersekat-sekat yang menganggu kelancaran ketika menggunakannya walau pelbagai tugas yang memerlukan pelbagai aplikasi berjalan serentak.

Nothing phone 2a
Nothing Phone (2a) menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.7 inci FHD+ dengan kadar segar semula dari 30Hz-120Hz dan kecerahan sehingga 1300 nits.

Ini merupakan kelebihan Nothing Phone (2a) kerana ketiadaan bloatware menjadikannya sangat lancar. Malah keserasian perkakasan dengan sistem operasi Nothing OS 2.5 yang berasaskan Android 14 itu dipacu dengan baik sekali.

Walau bagaimanapun…

Nothing Phone (2a) juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera swafoto 32MP.

Jadi, apabila anda lihat spesifikasi asas kameranya saja sudah cukup memberikan tanggapan bahawa kamera peranti ini pasti tak berkuasa.

Ya, tanggapan anda tak salah. Prestasi kamera Nothing Phone (2a) memang lemah. Boleh kata agak teruk. Mana tidaknya, apabila mengambil gambar atau video, memang ada tersekat-sekat.

Kerap kali isu aplikasi kamera tergantung berlaku. Memang menjengkelkan sehingga terpaksa matikan aplikasi dahulu dan aktifkannya semula barulah ia dapat digunakan semula untuk mengambil gambar atau merakam video.

Apabila mengambil gambar di dalam suasana kurang pencahayaan, memang perlu difokuskan betul-betul, kurangkan pergerakan agar gambar dapat diambil dengan baik.

Malah, isu ini turut berlaku ketika megnambil gambar dalam cahaya yang terang di mana imej yang diambil akan diproses dalam tempoh yang agak lama.

Nothin phone 2a 1
Anda boleh lihat gambar tersebut mengambl masa untuk diproses. Siap sempat di tangkap layar lagi proses tersebut menunjukkan prestasi kameranya yang hambar.
Nothin phone 2a 2
Nothin phone 2a 3
Kualiti gambar dari Nothing Phone (2a) memang tidak boleh dibanggakan.

Kemas kini

Sebagai sebuah model telefon pintar baharu di pasaran, pastinya memang akan ada kelemahan-kelemahan seperti ini yang sememangnya dijangka.

Oleh sebab itulah, Nothing menawarkan kemas kini yang akan memperbaiki isu-isu seperti ini dari semasa ke semasa.

Sepertimana minggu ini, Nothing telah pun melepaskan kemas kini untuk Nothing Phone (2a) yang bukan sahaja mengandungi penambahan ciri baharu, tetapi juga penambahbaikan terhadap prestasi perkakasan.

Contohnya, menambah baik prestasi kameranya serta sokongan ciri AI.

nothing phone update
nothing phone update

Kesimpulan

Dengan aspek prestasi keseluruhan yang tidak mengecewakan dan kualiti produknya yang baik sekali, Nothing Phone (2a) adalah satu pembelian yang berbaloi.

Namun begitu, mungkin tidak semua bersedia atau menerima dengan kelainan yang dibawakan Nothing dalam telefon pintar mereka.

Malah, isu prestasi kamera juga mungkin menjadikan pengguna masih-ragu-ragu atau skeptikal dengan Nothing Phone (2a) ini.

Nothing phone 2a
Prestasi bateri tak mengecewakan, memang tahan lama dan cas pun pantas.

Malah dengan kemas kini yang diberikan juga masih belum dapat mengatasi isu prestasi kamera telefon pintar ini.

Jadi, jika anda mahukan sebuah telefon pintar dengan kamera yang baik, sejujurnya telefon ini bukanlah sesuai untuk anda.

Nothing phone 2a
Nothing juga tak kedekut dengan menyertakan aksesori, pelindung skrin serta kabel USB-C yang cantik. Tapi tiada pengecas disertakan dalam kotak.

Tapi secara peribadi, apa yang penulis dapat simpulkan selepas lebih 3 bulan menggunakan Nothing Phone (2a) ini adalah, jika anda mahukan pengalaman menggunakan telefon pintar yang “pure Android” di Malaysia, Nothing Phone (2a) adalah antara pilihan terbaik untuk anda.

Malah harga yang tawarkan juga berpatutan dan mampu milik iaitu hanya berharga RM1,699 sahaja.

Cuma amat diharapkan pada kemas kini akan datang, Nothing akan dapat selesaikan isu prestasi kamera telefon pintar ini.

Beli Nothing Phone (2a) dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll2hd4
  • Lazada – https://invol.co/cll2hdc

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY