(Ulasan) MSI RTX 4080 SUPRIM X - Harga Agak Keras Tapi Prestasi Memang Deras

Sebelum ini, saya ada berkongsikan prestasi dan pengalaman menggunakan GPU AMD Radeon RX 7900 XT. Dan kali ini saya membawakan seteru kepada GPU AMD itu sendiri, MSI GeForce RTX 4080 SUPRIM X.



Untuk pengetahuan pembaca, RX 7900 XT adalah GPU yang berada dalam kelas yang sama atau setara dengan RTX 4080 ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua GPU ini seperti jenis VRAM, bilangan teras CUDA dan lain-lain.


Binaan Yang Agak Berat, Tetapi 'Solid'




MSI telah berjaya menghasilkan GPU ini dengan kualiti binaan fizikal yang kukuh dan kemasan yang halus. Tetapi yang menariknya adalah GPU ini mempunyai heatsink yang benar-benar tebal.



Dan perkara itu sangat baik kerana proses pelesapan haba lebih efisien dan kekal senyap ketika digunakan seperti bermain game.

Secara amnya, MSI tidak mengecewakan pengguna dari segi kualiti binaan dan unsur estetik yang diterapkan dalam GPU ini.

Sebelum saya berkongsikan keputusan prestasi GPU ini, MSI RTX 4080 SUPRIM X ini diuji dalam sistem PC yang sama dengan RX 7900 XT. Tidak lupa juga saya menggunakan monitor dengan sokongan kadar segar semula 144Hz.

Prestasi Mantap Ketika Gaming


GPU gaming tidak sah jika kita tidak mengujinya dalam kemampuan ketika bermain games. Berbanding RX 7900 XT, ulasan GPU NVIDIA ini telah diuji dalam 3 jenis PC games - Forza 5, Cyberpunk 2077 dan CoD Warzone.



CoD Warzone adalah antara permainan video atas talian pelbagai pemain dengan penggunaan grafik antara yang tertinggi sekali di pasaran ketika ini.



Walaupun di tetapan grafik tertinggi, tidak menjadi masalah untuk GPU ini memproses dan mengendalikan Warzone ketika saya bermain.

Secara purata, saya dapat merasai pengalaman permainan yang lancar dan tiada masalah kecuali jika pembaca bukanlah seorang pemain game FPS yang handal. Di samping itu, saya juga berjaya mendapatkan kadar bingkai purata melebihi 144 fps pada tetapan grafik 4K dengan GPU ini.



Antara permainan video sukan lumba kereta dengan keperluan grafik yang tinggi, Forza 5 pada tetapan 4K adalah idaman bagi seorang gamer.



Bagi sesebuah game AAA, kadar FPS yang berjaya dicatatkan tidak mengecewakan kerana saya berjaya mendapatkan purata FPS sekitar 100 fps. Tetapi antara yang menariknya adalah GPU ini memberikan hasil grafik yang jelas dan cantik walaupun pada grafik yang tinggi.

Selain Forza 5, Cyberpunk 2077 adalah sebuah game AAA yang mula mendapat sambutan selepas adaptasinya kepada siri anime - Edgerunners.



Kini, Cyberpunk 2077 adalah sebuah game yang lebih stabil, kualiti grafik yang lebih baik dan jauh daripada kehadiran sebarang pepijat (bugs) padanya.



Dalam grafik 4K, saya berjaya mendapatkan purata kadar segar semula sekitar 110 fps ketika dalam situasi yang memerlukan penghasilan bingkai yang banyak seperti membawa kereta. Tetapi game ini boleh mendapatkan kadar FPS sekitar 120 dalam permainan standard.

Kesimpulannya


(GPU yang terbaik jika faktor harga diketepikan)

Jika kita abaikan harga jualan MSRP kad ini, RTX 4080 adalah GPU gaming terbaik yang boleh didapati. Dan MSI SUPRIM X ini adalah antara RTX 4080 pihak ketiga paling berkuasa yang boleh pembaca dapatkan.



Ketika ini, MSI RTX 4080 SUPRIM X mempunyai harga jualan rasmi pada RM7,390.00 tetapi saya percaya pembaca boleh mendapatkan harga yang lebih kompetitif melalui platform Shopee atau Lazada.

Namun, seandainya pembaca memilih untuk beli GPU ini, kita tahu bahawa pembaca akan mempunyai sebuah kad grafik yang bukan setakat berkemampuan dan tinggi prestasinya, tetapi juga 4K ready.

Beli jika:

  • Anda mencari kad grafik gaming 4K yang terbaik.

  • Faktor bajet bukanlah satu halangan.

  • Anda adalah peminat kepada team hijau.


Jangan beli jika:

  • Anda mempunyai bajet kad grafik bawah RM7,000.

  • Anda tidak memerlukan pengalaman gaming pada tetapan 4K.

  • Anda adalah peminat dari team merah.


RTX 4080 adalah sebuah GPU yang terbaik hasil daripada kejuruteraan dan seni bina ADA daripada NVIDIA. Pembaca yang berminat boleh mendapatkan MSI RTX 4080 SUPRIM X melalui pautan di bawah:

Beli di Lazada

Beli di Shopee

{suggest}