(Ulasan) AMD Radeon RX 6400 - Harga Mampu Milik, Prestasinya Kena Fikir Balik

AMD Radeon RX 6400 adalah kad grafik kelas permulaan untuk pembaca yang inginkan sebuah komponen grafik pada harga mampu milik.

Berikut merupakan spesifikasi bagi RX 6400:

Kapsyen: Spesifikasi AMD Radeon RX 6400


Berdasarkan spesifikasi di atas, GPU ini bersaing rapat dengan NVIDIA GTX 1650, GTX1650 Super dan juga AMD RX 5500 XT yang terdahulu.

Selain itu, RX 6400 dilengkapi ciri-ciri tambahan seperti AMD Software: Adrenalin Edition, AMD FidelityFX Super Resolution, AMD Link dan banyak lagi.

Izinkan saya untuk berkongsikan kelebihan dan kekurangan pada GPU kelas permulaan ini kepada pembaca.

Kelebihan AMD Radeon RX 6400


Pesaing AMD, NVIDIA boleh dikatakan agak lama tidak mengeluarkan GPU bajet ke pasaran kad grafik dunia. Oleh itu, RX 6400 adalah antara pilihan GPU bajet terbaik dan berbaloi untuk pembaca.



Selain itu, RX 6400 dihadirkan dalam faktor binaan yang sangat kompak dan kecil untuk sesebuah GPU. Secara amnya, pembaca boleh mempertimbangkan GPU ini untuk casing binaan kecil mahupun sederhana.



Menariknya lagi, GPU ini tidak memerlukan sambungan kabel kuasa untuk menggunakannya. Secara ringkas, pembaca hanya perlu memasang RX 6400 ini pada mana-mana papan induk yang mempunyai slot PCIe 16x, dan ia tersedia untuk digunakan. Hanya plug and play sahaja.

Kekurangan AMD Radeon RX 6400


Walaupun GPU ini untuk kelas permulaan, tetapi saya dapat lihat kemampuan gaming-nya juga hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja.

RX 6400 bukanlah dikatakan terbaik tetapi bolehlah untuk pengalaman bermain pada resolusi grafik 1080p yang sederhana sahaja.

Mengeruhkan lagi keadaan, sebarang pilihan untuk mengaktifkan ciri overclocking padanya juga tidak ditawarkan.

Berdasarkan penggunaan saya dan melihat isu-isu pada GPU ini, RX 6400 tidak berbaloi sekiranya untuk dibeli walaupun harga jualannya sangat murah.

RX 6400 adalah sebuah "versi cetak rompak" bagi RX 6500 XT. Bayangkan sahaja 6500 XT ada banyak isu dan masalah, semuanya itu diwarisi oleh RX 6400.



Komponen GPU ini terdiri daripada 25% pengurangan bilangan teras, sekitar 18% penurunan dalam frekuensi teras dan memory clocks serta lebar jalur yang sekitar 10% lebih rendah berbanding RX 6500 XT.

Tidak cukup dengan itu, AMD hanya menyediakan 4 laluan sahaja bagi antara muka PCIe 4.0 GPU ini, dan pelbagai ciri-ciri penting yang sepatutnya ada tetapi tidak disediakan.

Kesimpulannya


Saya tahu ramai dikalangan pembaca dan rakyat Malaysia meminati PC games dan disebabkan pelbagai faktor, akses untuk GPU agak terhad sama ada dari segi harga, bekalan dan sebagainya.

Tetapi dengan spesifikasi dan sokongan perisiannya, RX 6400 bukanlah yang terbaik untuk gaming walaupun bagi segmen kelas permulaan.

Banyak lagi pilihan GPU lain yang ada. Sekiranya pembaca mempunyai bajet terhad bagi GPU, percayalah bahawa nilai, spesifikasi dan kemampuan yang anda dapat adalah lebih berbaloi untuk sebuah GPU yang harganya mahal sedikit daripada RX 6400 ini.

Walau bagaimanapun, saya tidak nafikan GPU ini masih ada kemampuan untuk memproses games atas talian atau judul e-sukan seperti LoL, Apex Legends dan lain-lain. RX 6400 juga dijual pada tanda harga sekitar RM650 dan ke atas.



Selain daripada itu, sebarang games AAA hendaklah ditetapkan grafiknya pada 1080p dan kebawah sahaja. Tidak lupa juga perkakasan pengekod dan penyahkodnya juga agak lemah.

{suggest}

RX 6400 adalah sebuah kad grafik dengan saiz yang kompak, mudah alih, dan tidak memerlulkan sebarang kabel kuasa selain daripada slotnya. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, hanya itu sahajalah kelebihan ketara yang ditawarkan GPU ini.

Pembaca yang berminat boleh membeli melalui pautan di bawah:

Beli di Lazada: https://invol.co/clfmje2