Selain Yoga, Lenovo Turut Perkenal 4 Model Baharu Untuk Siri Legion

Pada bulan Ogos ini, Lenovo dengan jayanya telah melancarkan 4 model 'laptop' baharu untuk siri Legion selain siri Yoga.

Untuk versi Pro, Lenovo melancarkan Legion 5i Pro dan Legion 5 Pro.

Sementara itu, Legion 5i dan Legion 5 adalah model untuk versi bukan Pro.

{suggest}

Lenovo Legion 5i Pro


Legion Legion 5i Pro adalah 'laptop' 16 inci pertama dunia dengan resolusi WQHD+ dan sokongan kadar segar semula hingga 240Hz.



Selain daripada itu, Legion 5i Pro dikuasakan cip pemprosesan hingga Intel Core i9-12900H Gen 12 untuk model paling berkuasa.

Ia mampu memberi prestasi yang hebat dengan sokongan kad grafik hingga NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti, RAM DDR5 4800MHz hingga 32GB dan storan PCIe SSD Gen 4 hingga 2TB.



Legion Legion 5i Pro ini dijual bermula pada harga RM7,119.25 di Lenovo Malaysia Official Online Store. Di samping itu, anda juga boleh membeli di Lazada dan Shopee.

Lenovo Legion 5 Pro


Seperti 5i Pro, Lenovo Legion 5 Pro juga adalah antara 'laptop' bersaiz 16 inci yang pertama dunia yang menyokong kadar segar semula 240Hz dalam paparan gaming.



Legion 5 Pro mempunyai 3 variasi menyokong cip pemprosesan antara AMD Ryzen 9 6900HX, AMD Ryzen 7 6800H dan AMD Ryzen 5 6600H bergantung kepada jenis model yang dibeli.

Selain itu, siri ini disokong kad grafik hingga NVIDIA GeForce RTX 3070Ti dan paparan skrin 16″ WQXGA (2560 x 1600) IPS.

Pengguna juga akan dapat saiz memori RAM DDR5 hingga 32GB (2 x 16GB) pada kelajuan 4800Mhz dan storan PCIe SSD Gen 4 hingga 1TB.



Lenovo Legion 5 Pro ini dijual bermula pada harga RM6,359.20 di Lenovo Malaysia Official Online StoreLazada dan juga Shopee.

Lenovo Legion 5i 


Legion 5i adalah sebuah komputer riba yang direka khas untuk 'gamers' yang mahukan prestasi dalam sebarang tugasan selain bermain game.



Legion 5i dikuasakan cip pemprosesan hingga Intel Core i7-12700H Gen 12, menyokong kad grafik hingga NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti 8GB GDDR6 dan skrin 15.6″ WQHD (2560 x 1440) IPS untuk model paling berkuasa.

Selain itu, 'laptop' ini mempunyai storan PCIe Gen 4 SSD hingga 1TB dan dipadankan memori RAM DDR5 4800MHz hingga 16GB.



Lenovo Legion 5i ini dijual pada harga bermula RM5,728.98 di Lenovo Malaysia Official Online StoreLazada dan Shopee.

Lenovo Legion 5


Seperti Legion 5i, Lenovo Legion 5 juga menawarkan sebuah 'workstation' yang memberikan pengguna prestasi yang diperlukan untuk semua jenis tugasan pada harga yang lebih marhaen.



Legion 5 dikuasakan AMD Ryzen (7 6800H/5 6600H), sokongan kad grafik hingga NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti, dan paparan skrin hingga 15.6″ WQHD (2560 x 1440) IPS untuk model paling berkuasa.

Selain itu, siri Legion 5 ini juga menyokong memori RAM DDR5 hingga 32 GB (2 x 16GB) dan storan PCIe SSD Gen 4 hingga saiz 1TB.



Lenovo Legion 5 ini dijual pada harga bermula RM4,839.19 di Lenovo Malaysia Official Online StoreLazada dan Shopee.

Sumber: Siaran Akhbar Lenovo