Sejak pelancaran Cip Snapdragon terbaharu iaitu Snapdragon 8 Elite, saya telah menguji beberapa peranti yang menggunakan cip ini. Kini, tiba masanya untuk menguji iQOO 13 sebagai pesaing kepada realme GT 7 Pro dan ASUS ROG Phone 9.
Untuk pengatahuan umum, peranti ini menggunakan dua cip, iaitu Snapdragon 8 Elite dan cip buatan iQOO sendiri — Supercomputing Chip Q2.
Memandangkan peranti keluaran terbaharu iQOO iaitu iQOO 13 telah mendarat di pejabat Wiser MY, Kami terus menguji prestasi peranti yang dikatakan menggabungkan dua cip pemprosesan untuk memberikan pengalaman luar biasa dalam permainan bagi gamers.
_____
[specs]
Cip: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm)
Skrin: 6.82 inci LTPO AMOLED, 144Hz, kecerahan 1800 nits (HBM), puncak 6500 nits
Kamera Belakang: 50 MP lebar, 50 MP telefoto 2x zum optik, 50MP ultra lebar
Kamera Hadapan: 32 MP
Bateri: 6150mAh, pengecasan berwayar 120W
Penarafan: IP68/IP69 tahan debu/air
Lain-lain: Cip Q2, lampu RGB di modul kamera
[/specs]
Rekaan
Dari segi rekaan, iQOO 13 menampilkan rekaan lebih kurang seperti model terdahulunya iaitu iQOO 12 dengan kolaborasi bersama BMW. Namun kali ini agak berbeza, IQOO 13 kali ini membawakan lampu RGB pada bahagian kamera belakang yang kelihatan premium.
iQOO 13 dilengkapi skrin 6.82” LTPO AMOLED dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 144Hz. Dengan Cip Superkomputer Q2, ia menyokong visual hingga 144 fps. Dengan paparan adaptif dan kecerahan hingga 4500 nits menjadikannya ideal untuk digunakan di mana-mana termasuk di bawah cahaya matahari berbanding iQOO 12 yang hanya memberikan kecerahan 3000 nits.
Bagi ukuran saiz terdapat peningkatan yang agak ketara iaitu sebesar 4 inci. Dari 6.78 inci ke 6.82 inci untuk model terbaharu.
Walaupun saiz merupakan subjetif, bagi saya dengan penambahan saiz ini menjadikan saya lebih gemar untuk gaming menggunakan peranti ini dengan kadar resolusi tinggi sehingga 1440×3168 dengan penambahan pengoptimum yang diberikan peranti ini dalam mod gaming.
Pengalaman Penggunaan
Seiring dengan perkembangan teknologi, peranti ini juga menggunakan cip pemproses yang terbaharu, iaitu Snapdragon 8 Elite yang setakat ini sudah empat jenama besar yang menggunakannya di Malaysia seperti realme GT7 Pro, ASUS ROG Phone 9 dan Redmagic 10 Pro.
Bagi menguji peranti yang menggunakan cip pemproses baharu ini pula, saya telah menguji menggunakan permainan berkelas AAA seperti Genshin Impact, COD Warzone, Wuthering Wave, dan CarX Street.
Dalam tempoh ujian ini, saya telah menggunakan grafik yang paling tinggi berserta Game Super Resolution yang boleh menghasilkan paparan lebih menawan. Game Super Resolution ini terdapat pada tetapan game tools yang disediakan iQOO. Setelah beberapa minggu percubaan, saya mendapati peranti ini tiada sebarang masalah atau lag walaupun memainkan permainan yang menggunakan grafik tinggi.
Sejujurnya, saya berpendapat peranti ini sangat sesuai untuk kegunaan penstriman di mana pada game tools yang disediakan, ia memberikan ciri voice changer yang mana pada peranti lain kita harus untuk memuat turun untuk mendapatkan ciri tersebut. Terdapat 14 pilihan suara seperti girl, child, Commander dan banyak lagi.
Dari segi kapasiti bateri, saya sangat berpuas hati dengan naik taraf yang diberikan, daripada 5000 mAh kepada 6150 mAh. Walaupun kapasiti ini bukan yang paling besar buat masa sekarang (7000 mAh). Namun untuk bermain permainan selama 8 jam tiada sebarang masalah (dari bateri 100%).
Walaupun banyak syarikat yang sudah tidak menawarkan pengecasan secara percuma, akan tetapi tidak dengan jenama ini di mana setiap pembelian iQOO 13 akan dibekalkan dengan pengesasan pantasnya 120W. Bagi saya, pengecasannya cukup pantas.
Kebiasaannya saya tidak terlalu menitik beratkan soal prestasi kamera untuk sebuah peranti gaming, memandangkan iQOO 13 ini merupakan anak syarikat vivo yang terkenal dengan prestasi kameranya jadi, saya mencubanya untuk mengambil gambar semasa melakukan trip ke Teluk Kemang.
Saya menjangkakan hasil gambar yang bakal diberikan teruk. Namun setelah saya mencuba prestasi kameranya pencahayaan rendah seperti waktu malam, hasil gambar yang diberikan boleh diberikan pujian. Bukan itu sahaja, gambar potret yang diberikan juga cantik, ditambah pula dengan ciri AI Erase yang boleh menghilangkan objek tidak diingini.
Penanda Aras
Telefon ini mencatatkan 2,816,817 AnTuTu dan di Geekbench untuk multi teras. Dalam ujian gaming dengan Genshin Impact, COD Warzone, Wuthering Wave, dan CarX Street, telefon ini mengekalkan kadar bingkai stabil 60fps pada tetapan grafik tertinggi, selepas pengoptimum yang dilakukan (dalam game tools), saya mendapat kadar bingkai stabil sehingga 120fps.
Berikut adalah beberapa skor perisian penanda aras yang kami gunakan untuk menguji kemampuan peranti ini, iaitu 3DMark Wild Life Extreme, Geekbench 6 dan AnTuTu. Hasilnya, kami mendapat skor seperti dibawah:
- 3DMark Wild Life Extreme – 3327
- Geekbench 6 – 3004 (teras tunggal), 9376 (multi teras)
- AnTuTu – 2,816,817
Kesimpulan
Secara keseluruhannya iQOO 13 merupakan sebuah peranti gaming yang versatil di mana ia bukan sekadar gaming, tetapi peranti ini juga boleh digunakan untuk mengambil gambar yang cantik serta berkualiti.
Walaupun tidak dilengkapi dengan aksesori sistem penyejukan seperti telefon ROG, peranti ini masih dapat memberikan suhu yang normal selepas bermain dalam tempoh agak lama.
iQOO mugkin kelihatan seperti model terdahulunya jika dilihat pada luaran, tetapi apabila mencubanya sendiri, saya dapat merasa peningkatan yang agak ketara terutamanya pada prestasi dalaman, jangka hayat bateri dan kehadiran lampu RGB yang memberikannya keunikan.
Jika nak dibandingkan dengan pesaing, peranti ini merupakan yang terbaik setakat ini dengan pemerolehan kadar bingkai stabil sehingga 120fps.
Dengan harga yang lebih mampu milik berbanding peranti gaming yang lain, semestinya ia menjadi salah satu peranti gaming yang boleh anda pertimbangkan. Lebih-lebih lagi jika anda mahukan telefon gaming yang minimalis dan pada masa sama, dapat berikan hasil gambar baik.
Tambahan lagi, kehadiran cip yang dikhususkan untuk permainan, ia sememangnya memberikan satu pengalaman lebih menarik dan kepuasan dalam gaming.
Apa-apa pun, sebagai sorang mobile gamer, saya sangat menyarankan untuk membeli peranti ini. Walaupun kapasiti bateri masih kecil, saya menjangkakan iQOO akan membawakan naik taraf yang setara dengan peranti pesaingnya pada masa akan datang.
{suggest}