Sudah dua bulan sejak iPhone 16 Pro tersedia untuk dibeli dan sejujurnya, saya rasa ini adalah model pro paling boring yang pernah Apple bagi kepada pengguna.
Saya bercakap macam ni bukan sebab ‘hater’, sebaliknya saya sendiri pengguna dan berada dalam ekosistem lengkap Apple. Daily driver saya terdahulu iPhone 15 Pro yang mana kalau anda terlepas, boleh baca ulasan sebelum ini.
iPhone 16 Pro ibarat separuh masak dan Apple macam terburu-buru dan tak tahu nak bagi apa. Kira, tak ada ‘wow factor’ sangat macam iPhone 15 Pro tahun lepas.
Dah berapa bulan dilancarkan pun, orang masih bercakap tentang iPhone 15 Pro. Tahun ni? Sunyi sikit.
Namun, tetap ada sedikit tambah baik yang boleh dikatakan bagus. Selebihnya, anda kena terus bersama dengan saya untuk tahu.
Rekaan
Macam yang saya pernah ulas tahun lepas, iPhone ialah iPhone. Memang macam itulah rupanya dari dulu. Nak-nak model pro.
iPhone 16 Pro ni memang tak nampak sangat pun beza dia dengan 15 Pro. Namun, ada sedikit perbezaan tu.
Pertama, bezel skrinnya lagi nipis. Yang ni memang saya tak nafikan betul. Masih lagi cantik dan cerah. Tapi, kecerahan kali ni serendah 1 nit. Tak ada lah terang sangat kalau main telefon kat tempat gelap.
Kedua, saiz makin besar. 6.3 inci berbanding 15 pro 6.1 inci. Sebenarnya, saiz ni subjektif.
Ada suka besar, ada suka kecil. Bagi saya, saya kecewa sedikit saiz dia dah 6.3 inci sebab saya tak suka sangat telefon besar-besar ni.
Tapi saya yakin ada kat luar sana akan menghargai saiz ni. Sebab 6.3 inci ni boleh dikatakan sweet spot. Tak terlalu kecil macam model standard dan tak terlalu besar macam model max. Memang just nice.
Akhir sekali, perubahan ketara pada rekaan dia, adalah camera control. Yang ni, semua dah tahu dan saya akan ulas pada bahagian kamera nanti.
Prestasi
Tahun ni, Apple guna pemproses 3nm generasi kedua, A18 Pro. Peningkatan dia berbanding A17 Pro tidaklah ketara tetapi masih lagi pantas dan lebih cekap tenaga.
Hasil daripada penanda aras seperti Geekbench, AnTuTu dan 3DMark pun memang menunjukkan peningkatan.
Penggunaan harian tetap lancar, nak gaming pun masih tak ada masalah. Game triple A pun banyak di iPhone, pilih dan bayar je. Itu kalau anda minat main permainan AAA kat telefon.
Tapi, iPhone 16 pro ni tak panas ke?
Kalau gaming, sudah tentulah yang akan rasa suam-suam. Semua telefon akan jadi macam tu. Tapi, pengalaman saya dari hari pertama guna, iPhone 16 Pro tak rasa panas melampau.
Ya, bila ingat balik, model 15 Pro cukup hangat orang bercakap tentang ‘overheat’. Kali ni nampaknya Apple dah belajar, sistem penyejukan 16 Pro memang sudah dipertingkatkan.
Bila main aplikasi biasa seperti media sosial atau kamera tak terasa panas.
Namun, ada juga beberapa isu yang orang melaporkan yang 16 Pro ni macam bateri cepat habis, freeze dan restart sendiri. Yang ni, saya tak ada pula mengalaminya.
Bab bateri lagi, saya memang boleh guna telefon ni dalam sehari ke sehari setengah untuk penggunaan biasa. Walaupun kapasiti bateri dah naik, tapi tak rasa beza sangat. Dapatlah ekstra sekitar 10% berbanding 15 Pro.
Kelajuan cas pun dikatakan dah meningkat. Saya boleh dapat lebih kurang 40% dalam masa 25-30 minit cas. Sebenarnya masih lagi perlahan berbanding peranti Android tapi boleh dianggap lajulah untuk iPhone.
Kemudian, kita bercakap tentang AI. Semasa artikel ini ditulis, iOS 18.2 belum lagi rasmi. Sekarang, masih lagi iOS 18.1.1 dengan ciri Apple Intelligence fasa pertama.
Bagi saya, AI iOS 18.1 ni biasa-biasa sahaja. Ciri clean up atau AI eraser sangat jarang saya guna. Paling saya suka pun hanyalah summarize notifications.
iOS 18.2, fasa kedua Apple Intelligence yang boleh dikira menarik sikit sebab UI aplikasi Mail lain, integrasi ChatGPT pada Siri, Genmoji, Image Wand, Image Playground dan visual intelligence yang khas untuk siri iPhone 16 je.
iOS 18.2 yang saya cuba di iPhone 15 Pro pun sama, saya masih lagi rasa okay je. Mungkin sebab AI ni tak support bahasa Melayu. Jadi, kita tak dapat potensi penuhnya.
Dalam situasi AI, saya puji Samsung sebab mereka memasarkan Galaxy AI dan ciri tu boleh terus guna pada telefon terbarunya. Apple pula sebaliknya, memasarkan Apple Intelligence tapi tak boleh pakai terus masa beli dan sekarang pun, baru sikit sahaja AI tu. Benda ni memang tidak sepatutnya berlaku.
Kamera
Selain daripada AI, macam yang saya cakap awal-awal tadi, iPhone 16 Pro ada butang baharu, camera control. Kalau Apple tak letak butang ni pada iPhone 16 Pro, memang tak ada beza pun dengan 15 Pro.
Camera control ni punya feel ibarat butang fizikal ditambah tindak balas haptik. Pada awalnya, agak pening nak guna ‘benda alah’ ni. Dah lama-lama pakai, pun masih lagi susah juga nak guna bagi saya.
Jujur, saya guna skrin je nak ambil gambar, video, zum dan lain-lain. Guna camera control ni pun bila nak buka aplikasi kamera je. Jadi, action button tu bolehlah beraksi untuk perkara lain.
Tapi, saya rasa yang posisi camera control ni sangatlah tak semula jadi, terutama bila kita guna untuk ambil gambar landskap. Mungkin sebab saya dah terbiasa guna kamera, butang shutter memang dalam posisi yang betul. Dalam bentuk menegak, tak ada masalah.
iPhone 16 Pro ni ada je naik taraf dan memang dah dijangka. Saya boleh kata, 16 Pro ialah 15 Pro Max tapi saiz kecil sedikit dan kamera dinaik taraf. 48MP ultra lebar lebih sharp, kamera utama lebih pantas dan paling saya suka, telefoto 5x tetraprism, 15 Pro sebelum ni 3x je.
Hasil gambar iPhone 16 Pro, saya malas nak ulas panjang dan pada mata saya, ia baik sedikit berbanding 15 Pro. Gambar siang, gambar potret cantik sedikit berbanding sebelum ni. Gambar malam pun dipertingkatkan kemampuannya.
Zum walaupun dah 5x, dia okay cuma saya nakkan lebih lagi sebab setakat ni penanda aras zum bagi saya adalah peranti vivo X100 Pro dan terbaru X200 Pro.
Perbezaan paling ketara dan saya suka juga, Photographic style 2.0. Kali ni, boleh tukar tone dan mood gambar ikut suka kita. Sama ada nak preset atau edit kemudian.
Saya rasa benda ni dah patut ada dalam iPhone dari dulu lagi dan boleh saya anggap sebagai ‘puzzle’ yang hilang dalam iPhone. Kenapa? Sebab warna dari kamera iPhone ni kebanyakan orang akan cakap biasa sahaja, saya sendiri pun setuju.
Tapi, ada juga yang suka warna gambar iPhone. Namun, percayalah, majoriti orang suka gambar yang warna dia sedikit pop atau hidup, macam yang kita nampak pada barisan telefon Android.
Walaupun Photographic style ni ‘style’, tapi bagi saya ia kurang sesuai untuk beginner. Benda ni sesuai untuk ‘geng photographer’ atau yang dah faham sikit berkaitan warna.
Sebab, kita tak boleh terus pilih style sekian-sekian, tweak sikit dan terus berharap hasil gambar tu cantik. Ia tak macam telefon Android, anda boleh pilih Harcourt vibrant ke, Leica authentic ke, ZEISS dengan bokeh yang pelbagai. Apa ada kat iPhone ni, kena tweak dan tak semua style dia sesuai untuk semua situasi.
Namun, saya yakin jurugambar di luar sana boleh dan dah ada pun berkongsi style atau tone atau resipi versatil.
Gambar di bawah disunting menggunakan photographic style.
Tapi, saya nampak yang kalau nak ‘adjust’ style ni, susah nak navigasinya. Apple patut bagi slider untuk mudahkan kita tetapkan tone, color dan palette dia. Memang seronok ‘bermain’ benda ni, ia mengingatkan saya kepada kamera Ricoh yang saya guna. Kita terus ada resipi untuk SOOC.
Apa saya boleh simpulkan tentang kamera dan photographic style, hasil gambar iPhone tak adalah semua nampak warm. Anda bebas bagi tone. Macam saya, saya minat dramatic, rose gold dan stark B&W.
Cuma, photographic style ni saya rasa sesuai untuk photographer atau yang ingin mencuba explore. Kalau anda bukan dalam golongan ni, nak snap terus dapat gambar lawa, saya cadang anda pakai telefon Android. Sama ada vivo Zeiss, HONOR Harcourt, Xiaomi Leica dan OPPO Hasselblad. Serius, lagi senang dan cantik.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, iPhone 16 Pro masih lagi sebuah peranti andalan terbaik dari Apple untuk 2024. Cip lagi pantas, kamera lebih baik, jangka hayat bateri pun okay dan harga di Malaysia lebih murah berbanding 15 Pro saya beli tahun lepas.
Walau bagaimanapun, saya tetap anggap model pro tahun ni gagal dan sangatlah tidak menarik.
Jadi, adakah berbaloi iPhone 16 Pro ni? Andai anda memang nak Apple Intelligence sebab telefon sekarang tidak menyokongnya, nakkan prestasi video cemerlang, telefoto 5x dan nak photographic style baharu, boleh pilih model ni.
Kalau tak kisah tentang telefoto atau 120Hz, model standard pun dah cukup baik. Selain daripada sebab-sebab yang saya bagi tahu ni, kurang berbaloi untuk naik taraf. Terutama kepada pengguna model pro terdahulu.
Apa-apa pun, inilah dia iPhone 16 Pro, tak ada banyak benda sangat yang boleh diluahkan kepada anda. Kena tunggu iPhone 17 Pro pula macam mana. Saya berharap ada perkara menarik dan baharu yang Apple boleh beri kepada pengguna.
{suggest}