Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-24T173917.464

(Ulasan) HUAWEI MateBook X Pro – Hanya Untuk Yang ‘Layak’ Sahaja

Diterbitkan Mei 26, 2024 · Dikemas kini Julai 4, 2024 oleh Muhd Idham

Ringkasan Ulasan: HUAWEI MateBook X Pro

Wiser memberi HUAWEI MateBook X Pro skor 9/10. Harganya di Malaysia ialah RM10,999 semasa ulasan ini diterbitkan pada 26 Mei 2024.

Produk HUAWEI MateBook X Pro
Skor Wiser 9/10
Harga (semasa ulasan) RM10,999
Diulas oleh Muhd Idham
Tarikh ulasan 26 Mei 2024

Kelebihan

  • Sesuai untuk editor dan jurugambar
  • Sangat ringan
  • Tahan kerja-kerja berat

Kekurangan

  • Terlalu mahal

Beli di: Shopee · Lazada

Seperti yang kita tahu, semua jenama elektronik yang menghasilkan produk komputer riba seperti Acer, ASUS, Lenovo dan lain-lain sering menumpukan kaedah pembinaan komputer riba yang menuju ke arah lebih maju dengan reka bentuk yang kompak.

Hal ini kerana tujuan utama mereka adalah menghasilkan model-model komputer riba yang menyerupai mahupun menjangkaui peranti PC dari sudut prestasi dan mampu digunakan dalam tempoh masa yang lebih lama tanpa sambungan pengecasan.

Sehubungan dengan itu, HUAWEI kini telah melancarkan satu produk komputer riba yang boleh dikatakan menepati keperluan tersebut.

Tambahan pula, ia diterapkan dengan binaan reka bentuk yang nipis dan di sini saya jamin kepada anda yang membaca artikel ini, HUAWEI MateBook X Pro ini adalah peranti yang berkuasa dan ringan sehinggakan boleh ditampung hanya dengan menggunakan tisu.

Spesifikasi

[specs]

Cip Pemprosesan: Intel Core Ultra 9, Intel Evo

Memori: 32GB

Storan: 2TB PCIe SSD

Grafik: Intel Arc Graphics

Sistem Operasi: Windows 11 Home

Skrin: Flexible OLED sentuh 14.2 inci, resolusi 3.1k (3120 x 2080), kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,000nits

Kelengkapan Komunikasi: Kamera 1080p HD, 6 pembesar suara, 4 mikrofon

Bateri: 70Wh, alat suai kuasa USB-C 90W

Pusat Hab: HUAWEI SuperHub

Lain-lain: Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, dua slot Thunderbolt 4 (kiri), satu slot USB-C (kanan)

[/specs]

{suggest}

Rekaan

Semasa saya memegang gelaran sebagai seorang pelajar di menara gading, pengalaman membawa komputer riba ke kelas dengan menggunakan beg galas yang mempunyai berat keseluruhan dalam anggaran tiga kilogram.

Namun, itu bukanlah satu bebanan yang perlu dikhuatirkan.

Tambahan pula, HUAWEI kini telah menampilkan model komputer riba, MateBook X Pro yang mana hadir dengan berat tidak sampai sekilogram, iaitu hanya 980g serta ketebalan senipis 13.5mm.

Saya juga boleh mengangkatnya hanya menggunakan dua jari tanpa ada rasa lenguh pada pergelangan tangan.

(Ulasan) HUAWEI MateBook X Pro – Hanya Untuk Yang ‘Layak’ Sahaja

Di samping itu, perkara lain yang penting untuk sesebuah peranti laptop itu adalah keselesaan dalam menggunakan pad sentuhnya dan bagi produk ini, saya boleh katakan ia mempunyai kualiti trackpad yang bagus dan besar sekali gus mungkin mampu bersaing dengan produk MacBook daripada Apple.

Sebagai pengetahuan tambahan untuk anda, MateBook X Pro ini menggunakan 3 papan litar tercetak (PCB) dengan sokongan teknologi HUAWEI iaitu Cloud Falcon Architecture.

Peranan teknologi binaan dalaman ini sebenarnya adalah sebagai kaedah sokongan untuk memberikan keberkesanan dalam menjalankan sebuah peranti dengan ketebalan yang senipis ini.

Skrin

Pada bahagian skrin ini, saya ingin memuji tindakan yang diambil oleh HUAWEI dengan menggunakan jenis paparan Flexible OLED yang mampu mencapai nisbah STB (Screen-to-Body) sebanyak 93 peratus dengan bezel monitor yang sangat nipis.

(Ulasan) HUAWEI MateBook X Pro – Hanya Untuk Yang ‘Layak’ Sahaja

Untuk kegunaan secara berpindah-randah juga tidak ada masalah kerana peranti ini lengkap dengan ciri autodimming yang mampu menyelaraskan penggunaan kecerahan skrin pada tahap yang sesuai tanpa perlu menekan butang penyelaras kecerahan.

Anda juga tidak perlu risau dengan masalah mata lesu kerana skrinnya lengkap dengan ciri TUV Rheinland Eye Comfort 3.0.

Perkara terakhir yang saya ingin tekankan di sini adalah kejituan warna yang diberikan oleh skrin MateBook X Pro ini memang sangat bagus dan puas untuk kegunaan seorang editor gambar ataupun video kerana ia menyokong format warna Adobe RGB, DCI-P3 dan sRGB color gamut.

Prestasi

Sekarang, tiba masanya untuk saya menceritakan tentang bab prestasi MateBook X Pro ini yang mana saya akan beritahu kepada anda awal-awal, komputer riba ini walaupun berkuasa pada pandangan pertama, ia tidak wajar digunakan untuk gaming.

Saya juga tak nafikan tentang keberkesanan spesifikasi yang dilengkapi oleh peranti ini kerana ia lengkap dengan kad grafik Intel ARC Graphics dan cip pemprosesan yang berkuasa, Intel Core Ultra 9.

(Ulasan) HUAWEI MateBook X Pro – Hanya Untuk Yang ‘Layak’ Sahaja

Cuma, jika dilihat dari sudut luaran dan keselesaan penggunaan skrin, papan kekunci serta pad sentuh, saya berpendapat yang peranti ini paling sesuai digunakan oleh golongan yang kerap melancong, editor video, jurugambar ataupun individu yang tidak bekerja di satu tempat.

Hal ini kerana model komputer riba ini merupakan salah satu peranti edisi Intel Evo yang mampu menjalankan kerja-kerja ringan seperti menaip, menonton video dan lain-lain dengan kadar jangkaan masa berterusan dari pemerhatian bateri Windows selama 12 jam.

(Ulasan) HUAWEI MateBook X Pro – Hanya Untuk Yang ‘Layak’ Sahaja

Ditambah pula dengan kelengkapan komunikasi seperti enam pembesar suara, empat mikrofon dan kamera web berkualiti 1080p, perbincangan atas talian bukan lagi menjadi masalah yang lazim.

Saya juga perasan bahawa bunyi kipas daripada rekaan HUAWEI Shark Fin ini tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat walaupun kerja-kerja yang berat seperti menyunting video di Adobe Premier Pro dilakukan.

Anda cuma akan rasa panas yang suam sedikit sahaja di bahagian atas papan kekunci kerana ia berdekatan dengan saluran pengeluaran haba.

Ciri lain yang saya suka pada MateBook X Pro ini adalah ia hadir dengan ciri keselamatan yang pelbagai seperti passcode, pengesan cap jari dan juga pengimbas muka.

Anda jangan risau pula dengan keberkesanannya kerana saya boleh jamin yang ia mampu membuka MateBook X Pro ini daripada mod Sleep tidak sampai satu saat.

Kesimpulan

Untuk pengetahuan anda, saya selaku pengulas HUAWEI MateBook X Pro ini juga adalah seorang editor video dan juga jurugambar.

Jadi, semua perkara yang saya kemukakan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pengguna yang mempunyai kemahiran tersebut dan bukannya seorang pemain sejati permainan dalam PC.

(Ulasan) HUAWEI MateBook X Pro – Hanya Untuk Yang ‘Layak’ Sahaja

Kenyataan ‘tidak wajar’ untuk kegunaan gaming itu juga adalah satu nasihat kepada anda yang berhajat untuk membeli komputer riba ini dan menggunakannya ke arah yang dimaksudkan.

Hal ini kerana RM10,999 untuk varian paling tinggi (Intel Core Ultra 9, 32GB + 2TB) mahupun varian paling rendah (Intel Core Ultra 7, 16GB + 1TB) pada harga RM8,999 adalah melampau.

Anda juga boleh dapatkan pilihan lain yang khas untuk kegunaan gaming daripada jenama ternama seperti ASUS, Lenovo dan lain-lain pada harga yang lebih berpatutan.

Saya mengaku harganya terlalu mahal tapi setelah saya menggunakannya untuk kegunaan kerja yang sesuai dengan kemahiran saya sendiri, perasaan puas dan seronok itu timbul secara semula jadi.

Beli HUAWEI MateBook X Pro di:

Huawei – https://invol.co/cll3jbt

Shopee – https://invl.io/clkzsy2

Lazada – https://invol.co/cll6jzs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY