Jangan risau, PUBG ada penyelesaian bagi masalah tersebut. Ujian beta PUBG Lite akan hadir ke pelayan Malaysia tidak lama lagi.
Perkara itu disahkan sendiri oleh mereka melalui akaun Facebook rasmi mereka, PUBG Lite semalam.
Selain Malaysia, versi ringan permainan tersebut akan turut dapat dimainkan oleh pemain di negara-negara berhampiran iaitu Singapura, Indonesia dan Filipina.
Buat masa ini, pra-pendaftaran bagi permainan ini hanya tersedia bagi negara Thailand sahaja dan perkembangan terbaru ini ternyata menggembirakan peminat PUBG di negara ini.
Berbeza dengan versi PUBG biasa, PUBG Lite ini memerlukan spesifikasi komputer yang lebih rendah. Berikut adalah spesifikasi minimum yang diperlukan:
- Sistem Operasi: Windows 7/ 8/ 10, 64-bit
- CPU: Core i3 2.4GHz
- RAM: 4GB
- GPU: Intel HD Graphics 4000
- HDD: 4GB
Bagaimanapun, berikut pula adalah spesifikasi yang disarankan:
- Sistem Operasi: Windows 7/ 8/ 10, 64-bit
- CPU: Core i5 2.8GHz
- RAM: 8GB
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 660/ AMD Radeon HD 7870
- HDD: 4GB
Permainan ini akan dapat dimuat-turun secara percuma melalui Steam apabila ia tersedia kelak.
Sumber: PUBG Lite
Berkaitan
- Ketagihan Jadi Punca Kerajaan Nepal Haramkan PUBG
- PUBG Dijangka Ke PlayStation 4 Bulan Hadapan
- Iraq Pula Haramkan Fortnite & PUBG Di Peringkat Nasional
- Akhirnya Syarikat PUBG Saman Pengeluar ROS
- Kini Viber Pula Memperlihatkan Ciri Seakan Snapchat Yang Dinamakan 'Secret Chat'
- Dapatkan Kemaskini Liputan Berita Harian Dari CNN Menerusi Snapchat
- PUBG Mobile Lite Kini Ditawarkan Untuk Pengalaman Bermain Lebih Baik Bagi Peranti Kelas Pertengahan
- Sony Akan Mengeluarkan PlayStation Now Untuk PC Dan DualShock 4 Wireless USB Adaptor.
- Honor 8X vs Realme 2 Pro vs Xiaomi Mi 8 Lite
- Vitality - Permainan Video Terbaru Dari Pembangun PUBG Mobile Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi