Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ubisoft Tunda Pelancaran Permainan Avatar Sehingga 2022

Ubisoft Tunda Pelancaran Permainan Avatar Sehingga 2022

Diterbitkan November 3, 2020 oleh Amalina Athman

Pengeluar dari Perancis, Ubisoft kini mengesahkan permainan Avatar yang berasaskan filem francais James Cameron akan ditunda ke tarikh pelancaran baharu.

Ubisoft Tunda Pelancaran Permainan Avatar Sehingga 2022

Pelancaran permainan Avatar, yang dibangunkan di Massive Entertainment dijangka akan ditunda sehingga 2022. Menurut pihak Ubisoft, penangguhan pelancaran permainan Avatar ini dibuat sebagai respon kepada kelewatan pelancaran filem sekuel Avatar, Avatar 2 yang dijadualkan semula pelancaran pada Disember 2022.

Selain akan hadir di PC dan konsol permainan, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai permainan Avatar. Namun, ia dijangka akan dilancarkan pada PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Sementara itu, Avatar tidak hanya permainan Ubisoft yang akan ditangguhkan. Terdahulu, Ubisoft telah mengumumkan Far Cry 6 dan Rainbow Six Quarantine juga ditangguhkan dan dijangka akan dilancarkan antara April 2021 dan Mac 2022.

Sumber: Gamespot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY