Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Quote Tweets

Twitter Perkenal “Quote Tweets”, Lebih Mudah Lihat Ciapan Semula Dengan Komen

Diterbitkan September 2, 2020 oleh Amalina Athman

Setelah dilihat dalam ujian pada minggu lalu, Twitter kini secara rasmi telah  memperkenalkan kiraan “Quotes Tweets” di paparan ciapan utama bagi memudahkan pengguna untuk melihat setiap ciapan semula berserta komen.

Sebelum ditukar kepada nama sedia ada, ciri tersebut dinamakan sebagai “Retweets with comments”. Dengan Quote Tweets baharu ini, ia hadir dengan kiraan yang diletakkan antara label “Retweets” dan “Likes” sedia ada.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1300555325750292480

Dengan Quote Tweets, hanya perlu tekan pada butang khusus yang disediakan untuk melihat semua ciapan semula berserta komen dalam satu tempat.

Terdahulu, Twitter telah dikemaskini dengan fungsi baharu yang membolehkan semua pengguna mengehadkan ciapan balas. Ia merupakan sebahagian dari usaha untuk memberikan pengguna lebih banyak kawalan bagi setiap perbualan yang dimulakan oleh mereka sendiri.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY