Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter x android

Twitter Kini X Di Google Play Store

Diterbitkan Julai 27, 2023 · Dikemas kini Julai 27, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Elon Musk secara berperingkat telah memulakan peralihan penjenamaan, daripada Twitter ke X. Beberapa hari lepas, logo Twitter sudah pun diganti dengan logo X untuk versi web.

Sekarang, X secara rasmi gantikan jenama Twitter pada peranti Android pula.

twitter x android – 2

Anda boleh buka Google Play Store dan cari “Twitter”, Play Store akan menyenaraikan X dan akan tidak akan temui “Twitter”. Bagaimanapun, aplikasi  Twitter Lite yang masih kekal (mungkin tak lama).

twitter x android

Kalau di pelayar, anda boleh lihat URL-nya terkandungan perkataan Twitter yang bermakna ia asalnya Twitter.

twitter x android

Melalui percubaan kami, setelah X dipasang, ia masih guna nama “Twitter” dan logo burungnya seperti biasa. Ini bermakna versi stabil X masih belum sepenuhnya menjadi X.

Di Apple App Store, aplikasi Twitter masih sama tanpa ada perubahan nama mahupun logo. Tidak pasti bila akan tiba di iOS namun kita boleh jangkakan dalam masa beberapa hari.

Berkaitan

  • Tiada Lagi Twitter Inc., Kini Dikenali Sebagai X Corp.
  • Tak Ada Boleh ‘Challenge’, Telefon Ni Ada ‘Glass Back’, RAM Dan Storan Besar Tapi Bawah RM700
  • Tiada Lagi Burung Biru, Twitter Akan Dikenali 'X' Dengan Logo Baharu
  • Meta, Microsoft, Ratusan Syarikat Turut Miliki Tanda Dagang 'X'
  • Akaun Rasmi Twitter Kini Guna 'Handle' @X

Terdahulu, kami sudah melaporkan syarikat-syarikat besar lain turut mempunyai tanda dagang “X”, justeru memberi bayangan bahawa agak sukar untuk Elon gunakan “X” sebagai nama rasmi platform itu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY