Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Rancang Untuk Lelong Akaun Pengguna Yang Tak Aktif, Tapi Tak Semua

Twitter Rancang Untuk Lelong Akaun Pengguna Yang Tak Aktif, Tapi Tak Semua

Diterbitkan Januari 13, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Semenjak syarikat Twitter diambil alih oleh Elon Musk pada Oktober 2022, pelbagai cara telah dilakukan untuk menghasilkan keuntungan.

Perubahan seperti kenaikan harga pelan Twitter Blue dan pengurangan tenaga kerja masih lagi tidak mencukupi untuk syarikat ini membuat hasil yang banyak.

Oleh itu, syarikat tersebut telah bercadang untuk membuat lelongan ke atas nama pengguna dari akaun-akaun yang telah lama tidak aktif.

white iphone 5 c displaying apple logo Idea untuk lelongan atas talian ini telah dibincang terlebih dahulu dalam kalangan pekerja bulan lepas.

Namun, perkara ini masih belum disahkan secara rasmi oleh Twitter untuk melakukannya atau tidak.

Berkaitan

  • Meta Mengehadkan Iklan Yang Dipaparkan Kepada Pengguna Remaja
  • Pengguna Windows 7 Terima Kemas Kini Terakhir Sebelum Ditamatkan Sepenuhnya Hari Ini
  • Meta Dan Apple Bukan Lagi Syarikat Terbaik Untuk Bekerja - Glassdoor
  • Microsoft Perbaharui Polisi, Pekerja Boleh Cuti Tanpa Had
  • Pekerja Twitter Di Asia Di Arah Kosongkan Ibu Pejabat, Bekerja Dari Rumah

Nama pengguna Twitter mempunyai tanda ‘@’ di hadapannya. Tidak sama seperti nama profil, pengguna tidak boleh menukarkannya atau diambil oleh pengguna yang lain.

Elon Musk menyatakan bahawa Twitter akan ‘membebaskan’ nama pengguna dari 1.5 bilion akaun. Namun tiada sebarang kenyataan berkenaan dengan isu lelongan tersebut.

Twitter will soon start freeing the name space of 1.5 billion accounts

— gorklon rust (@elonmusk) December 9, 2022

Twitter telah menetapkan syarat di mana pengguna dilarang untuk melakukan apa-apa perdagangan akaun dan nama mereka.

Tetapi, perdagangan tersebut tetap berlaku di pasaran gelap sejak platform tersebut dibangunkan pada 2006.

Jika lelongan ini akan tetap diteruskan, Twitter perlu membuat pilihan antara melelong kesemua akaun yang tidak aktif atau mana-mana yang mempunyai nilai sahaja.

Sumber: DigitalTrends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY