Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Threads Meta

Twitter Dakwa Meta Ambil Bekas Pekerjanya Untuk Bangunkan Threads

Diterbitkan Julai 7, 2023 · Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh Amalina Athman

Twitter mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta berikutan kewujudan aplikasi Threads.

Berkaitan

  • Pengguna Twitter Kini Ada Had Bacaan Twit Dalam Sehari - Elon Musk
  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua
  • Twitter Kembali Benarkan Pengguna Lihat Twit Tanpa Log Masuk
  • Pengguna Perlu Padam Akaun Instagram Jika Ingin Padam Profil Threads

Dalam surat yang ditujukan kepada CEO Meta Mark Zuckerberg, peguam Twitter Alex Spiro menyatakan Meta menggunakan rahsia perdagangan dan harta intelek Twitter untuk membangunkan Threads.

Spiro mendakwa Meta mengambil puluhan bekas pekerja Twitter yang masih mempunyai akses kepada rahsia dagangan Twitter dan maklumat sulit lain.

Ia turut mendakwa Meta mengambil kesempatan daripada perkara itu dan menugaskan pekerja membangunkan aplikasi “copycat” yang melanggar undang-undang negeri dan persekutuan.

Lanjutan itu, Twitter mengancam tindakan undang-undang dalam bentuk “kedua-dua remedi sivil dan pelepasan injunksi.” Ia juga menuntut Meta mengambil langkah segera untuk berhenti menggunakan sebarang rahsia perdagangan Twitter atau maklumat sulit lain.

Di pihak Meta, Pengarah Komunikasi Andy Stone membalas surat itu melalui hantaran di Threads dengan mengatakan,

No one on the Threads engineering team is a former Twitter employee — that’s just not a thing.

Sementara itu, Musk melalui ciapan balas di Twitter mengatakan “Competition is fine, cheating is not”.

Competition is fine, cheating is not

— gorklon rust (@elonmusk) July 6, 2023

Dengan surat tersebut, ia memberikan petanda awal Threads merupakan saingan paling serius bagi platform Twitter. Tambahan pula, pelbagai “hura-hura” yang timbul sejak Elon Musk mengambil alih Twitter pada tahun lalu.

Sumber: Semafor via The Verge

Gambar utama: Fox10 Phoenix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
©2026 WISER.MY